Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump ancam tarif lebih tinggi terhadap negara cuba eksploitasi keputusan Mahkamah Agung
  • GLOBAL

Trump ancam tarif lebih tinggi terhadap negara cuba eksploitasi keputusan Mahkamah Agung

Utusan Sarawak 9 hours ago

Donald Trump. Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberi amaran kepada mana-mana negara yang cuba mengambil kesempatan terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat berhubung tarif akan berdepan levi yang jauh lebih tinggi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Mana-mana negara yang mahu ‘terlibat dalam permainan’ berikutan keputusan Mahkamah Agung yang tidak masuk akal itu, khususnya mereka yang ‘memperdaya’ AS selama bertahun-tahun, malah berdekad-dekad, akan dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi dan lebih buruk daripada yang baru sahaja mereka persetujui,” kata Trump di platform media sosial Truth Social.

Mahkamah Agung minggu lepas memutuskan yang undang-undang yang digunakan Trump untuk mengenakan sebahagian tarifnya tidak memberikan kuasa sedemikian kepadanya, kerana Perlembagaan menetapkan hanya Kongres mempunyai hak itu.

Trump menyifatkan keputusan itu sebagai memalukan, sambil berkata beliau mempunyai pelan sandaran dan berjanji akan mengekalkan semua tarif berkaitan keselamatan negara.

Beliau juga berkata pada Isnin yang Mahkamah Agung secara “tidak sengaja” memberinya lebih banyak kuasa berhubung tarif berbanding sebelum keputusan itu dibuat.

Dalam laporan berasingan mengenai perkara sama, Sputnik/RIA Novosti turut memetik Trump sebagai berkata beliau tidak perlu merujuk semula kepada Kongres AS untuk mendapatkan kelulusan bagi mengenakan tarif import.

“Sebagai Presiden, saya tidak perlu kembali kepada Kongres untuk mendapatkan kelulusan tarif,” katanya di Truth Social.

Menurutnya, kebenaran itu telah diperoleh dalam pelbagai bentuk sejak sekian lama.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Continue Reading

Previous: Tiada laporan segera mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 di Xinjiang
Next: Tujuh maut dalam nahas pesawat Medevac di Timur India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.