Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump akui keputusan pilihan raya buruk bagi Republikan selepas kemenangan Mamdani
  • GLOBAL

Trump akui keputusan pilihan raya buruk bagi Republikan selepas kemenangan Mamdani

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN AS Donald Trump semalam mengakui keputusan beberapa pilihan raya di Amerika Syarikat (AS), yang menyaksikan Parti Demokrat memenangi banyak kerusi utama, merupakan sesuatu yang buruk bagi Parti Republikan.

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengakui keputusan beberapa pilihan raya di Amerika Syarikat (AS), yang menyaksikan Parti Demokrat memenangi banyak kerusi utama, merupakan sesuatu yang buruk bagi Parti Republikan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). 

 “Malam tadi, seperti yang anda tahu, kemenangan tidak dijangka; kawasan itu memang dikuasai Demokrat, tetapi saya tidak fikir ia sesuatu yang baik untuk Republikan,” katanya semasa mesyuarat di Rumah Putih bersama senator parti berkenaan.

“Saya tidak fikir perkara itu membawa kebaikan kepada sesiapa,” kata Trump. “Namun, kami melalui malam yang menarik, banyak yang kami pelajari dan kami akan berbincang tentang perkara itu.”

Kenyataan presiden itu dibuat hanya beberapa jam selepas calon Demokrat dalam pilihan raya gabenor di Virginia dan New Jersey menang besar menewaskan calon Republikan.

ZOHRAN Mamdani memenangi pemilihan sebagai Datuk Bandar.

Kemenangan tersebut memberikan dorongan penting kepada parti berhaluan tengah-kiri itu menjelang pilihan raya separuh penggal Kongres AS tahun depan, yang mereka berharap dapat menawan sekurang-kurangnya satu dewan daripada Republikan.

Tumpuan turut terarah kepada New York City, apabila Zohran Mamdani memenangi pemilihan sebagai Datuk Bandar. Mamdani, seorang sosialis demokrat, akan menjadi Datuk Bandar Muslim pertama dan individu termuda memegang jawatan itu sejak abad ke-19.

Trump sebelum ini cuba campur tangan dengan memberi amaran yang jika “calon komunis” menang, beliau akan menyekat pembiayaan persekutuan untuk bandar paling padat penduduk di AS itu. Namun, pengundi nampaknya tidak mengendahkan ancaman itu. 

Presiden itu, yang berulang kali mengkritik Mamdani, tidak menyebut tentang kemenangan tersebut semasa perbincangan di Rumah Putih.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: airBaltic ubah jadual penerbangan berikutan gangguan belon di Lithuania
Next: Fenomena ‘SuperMoon’ menyinar di langit dunia malam tadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.