Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump akhirnya guna penutup mulut, hidung
  • GLOBAL

Trump akhirnya guna penutup mulut, hidung

Utusan Sarawak 5 years ago
TRUMP dilihat memakai penutup hidung dan mulut berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed.• Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat memakai penutup hidung dan mulut untuk kali pertamanya di khalayak ramai seperti yang disyorkan pasukan pegawai kesihatan AS sebelum ini.

Ia sekali gus menunjukkan beliau terpaksa tunduk kepada tekanan kuat supaya memberikan contoh terhadap kesihatan awam yang baik di saat negara itu diancam teruk Covid-19.Trump dilihat memakai pelitup muka berwarna hitam ketika beliau berjalan di koridor hospital tentera Walter Reed, di luar Washington bagi bertemu dengan veteran perang yang cedera.

“Saya rasa sangat bagus memakai penutup hidung dan mulut.

“Saya tidak pernah menentang pemakaian pelitup muka, namun saya percaya ada masa dan tempatnya,” kata Trump sebaik sahaja meninggalkan White House.

Tindakan Trump itu mendapat perhatian selepas beliau dilihat sering tidak mengikut garis panduan pencegahan Covid-19 di saat negara Uncle Sam itu mencatatkan angka jangkitan dan kematian tertinggi akibat virus tersebut.

Penganalisis menyatakan tindakan Trump yang menolak memakai pelitup muka dalam kebanyakan acara kerana khuatir ia akan membuatkan dirinya kelihatan lemah dan menjejaskan pemulihan ekonomi.

Tindakan Trump itu disifatkan perlu ketika presiden AS itu sedang mengalami persaingan daripada calon Demokrat Joe Biden dalam pemilihan pada pilihan raya November ini.

Trump dengan tegas mempertahankan pentadbirannya dalam menangani pandemik itu walaupun AS adalah negara yang paling teruk dilanda wabak itu.-AFP

Continue Reading

Previous: Pemuda maut selepas sertai ‘parti Covid-19’
Next: Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.