Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump akan jalani pemeriksaan perubatan rutin pada Jumaat – Setiausaha Akhbar
  • GLOBAL

Trump akan jalani pemeriksaan perubatan rutin pada Jumaat – Setiausaha Akhbar

Utusan Sarawak 3 days ago
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, disahkan menghidap kekurangan vena kronik.

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menjalani pemeriksaan tahunan rutin di Pusat Perubatan Walter Reed di Maryland pada Jumaat, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Pada pagi Jumaat, Presiden Trump akan melawat Pusat Perubatan Walter Reed untuk perjumpaan dan sesi ucapan yang dirancang bersama anggota tentera. Semasa di sana, Presiden Trump akan singgah untuk pemeriksaan tahunan rutin beliau,” kata Leavitt dalam satu kenyataan.

Menurut Leavitt, selepas itu, Trump akan kembali ke Rumah Putih. Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk ke Timur Tengah sejurus selepas itu.

Trump telah lulus pemeriksaan fizikal tahunan beliau pada April.

Doktor-doktor beliau berkata keadaan kesihatannya sangat baik. Namun begitu, timbul sedikit kebimbangan berikutan kesan lebam yang kelihatan pada bahagian belakang tangannya baru-baru ini.

Kemudian, wartawan terkenal Seymour Hersh melaporkan bahawa pentadbiran presiden dikatakan bimbang terhadap fungsi kognitif Trump.- Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Ketua PBB sambut baik perjanjian gencatan senjata, pembebasan tawanan di Gaza
Next: Angka korban gempa bumi di Filipina meningkat kepada 74

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.