Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Trent Alexander-Arnold kenang Diogo Jota ‘insan luar biasa’
  • SEMASA

Trent Alexander-Arnold kenang Diogo Jota ‘insan luar biasa’

Utusan Sarawak 15 hours ago
TRENT Alexander-Arnold menyifatkan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Diogo Jota sebagai seseorang yang mampu menceriakan suasana.

LONDON: Trent Alexander-Arnold menyifatkan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Diogo Jota sebagai seseorang yang mampu menceriakan suasana, lapor PA Media/dpa.

Penyerang Liverpool, Jota, meninggal dunia bersama adiknya, Andre Silva dalam kemalangan kereta di Sepanyol pada Khamis lalu.

Alexander-Arnold kini berada di Amerika Syarikat bersama kelab baharunya, Real Madrid bagi saingan Piala Dunia Kelab selepas meninggalkan Anfield pada penghujung musim 2024-25 yang menyaksikan mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Bercakap selepas kemenangan suku akhir Real ke atas Borussia Dortmund di New York pada Sabtu, Alexander-Arnold memberitahu DAZN: “Ada perkara yang lebih besar daripada bola sepak.

“Memang sukar tetapi ia sangat emosional, sangat mengharukan untuk melihat dunia bola sepak bersatu dan bersama-sama menunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada beliau dan keluarganya, termasuk adiknya.

“Walaupun ia sukar, ia juga memperlihatkan semangat perpaduan yang indah daripada semua orang, semua kelab, semua pihak, yang bersatu menunjukkan kasih sayang dan sokongan dalam waktu yang pastinya amat sukar buat keluarga mereka,” kata Alexander-Arnold.

Menurut pemain itu, beliau pernah berada di sekeliling mendiang Jota dan adiknya serta keluarga mereka, termasuk isterinya yang luar biasa, ibu bapanya dan tiga anak mereka yang hebat.

“Sungguh memilukan apabila terjaga dan mendengar berita seperti itu. Ia sesuatu yang anda tidak pernah jangka.

“Beliau adalah rakan yang sangat rapat, seseorang yang mampu menceriakan suasana apabila berada di situ. Saya berkongsi bilik persalinan dengannya selama lima tahun dengan kenangan indah di dalam dan di luar padang bersamanya.

“Tidak perlu dikatakan, beliau tidak akan pernah dilupakan sesiapa pun. Beliau akan sentiasa hidup dalam ingatan kita semua sebagai insan dan pemain yang luar biasa.”

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: OPEC+ umum peningkatan pengeluaran minyak lebih pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.