Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Trend pemindahan mangsa banjir di Sarawak menurun, tiga PPS masih beroperasi
  • TEMPATAN

Trend pemindahan mangsa banjir di Sarawak menurun, tiga PPS masih beroperasi

Utusan Sarawak 20 hours ago
INFOGRAFIK bencana banjir di Sarawak terkini setakat 8.00 malam ini. Foto APM Sarawak

KUCHING: Trend pemindahan mangsa banjir di Sarawak dilaporkan menunjukkan penurunan setakat kemas kini 8.00 malam ini, dengan hanya tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan seramai 425 mangsa daripada 133 Ketua Isi Rumah (KIR).

Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, satu PPS di Bahagian Sibu iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek telah ditutup sepenuhnya pada 7.00 malam tadi selepas keadaan banjir di kawasan berkenaan beransur pulih.

Di Bahagian Bintulu, PPS Dewan Suarah Bintulu masih menempatkan 184 mangsa daripada 53 KIR, namun jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini. 

Sementara itu, Daerah Sebauh mencatatkan dua PPS aktif iaitu Balai Raya Sebauh yang menempatkan 143 mangsa daripada 50 KIR serta Dewan Sri Kemena Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh dengan 98 mangsa daripada 30 KIR, kedua-duanya turut merekodkan penurunan jumlah mangsa.

Secara keseluruhan, jumlah PPS yang beroperasi di Sarawak kini adalah tiga PPS, dengan trend pemindahan mangsa disahkan menurun susulan keadaan cuaca yang semakin baik dan paras air di beberapa kawasan dilaporkan surut.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan terus memantau situasi semasa serta memastikan kebajikan mangsa yang masih berada di PPS terjamin, di samping menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cadangan susun semula Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 wajar dipertimbangkan sebagai penambahbaikan – Dr Dzulkefly
Next: MBKS naik taraf lantai keselamatan taman permainan Taman KuchingĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.