Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Travolta kembali ke Cannes tampilkan filem Propeller One-Way Night Coach
  • HIBURAN

Travolta kembali ke Cannes tampilkan filem Propeller One-Way Night Coach

Utusan Sarawak 5 hours ago
LEGENDA perfileman Amerika Syarikat, John Travolta. Foto AFP

PARIS, Perancis: Legenda perfileman Amerika Syarikat, John Travolta, akan mempersembahkan filem sulung arahannya berjudul Propeller One-Way Night Coach, yang mengisahkan perjalanan seorang kanak-kanak lelaki dalam “zaman kegemilangan penerbangan”, di Festival Filem Cannes pada Mei, menurut penganjur semalam.

Filem tersebut, yang bakal ditayangkan buat kali pertama di peringkat dunia, merupakan adaptasi daripada buku tulisan beliau sendiri pada 1997.

Karya itu diilhamkan oleh minat mendalam beliau terhadap bidang penerbangan sepanjang hayat, menurut pihak festival.

Antara tiga filem lakonan Travolta yang pernah dipertontonkan di Festival de Cannes sebelum ini termasuk Pulp Fiction (1994), yang terkenal dengan adegan tarian ikonik pelakon berkenaan.

“Watak Vince Vega yang tidak dapat dilupakan dalam Pulp Fiction kembali ke Croisette menerusi sebuah acara yang tidak dijangka namun mengujakan, iaitu filem sulung beliau sebagai pengarah,” menurut kenyataan pihak festival.

Travolta menulis buku tersebut untuk anak lelakinya, Jett, yang menghidap epilepsi dan meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun.

Filem ini mengisahkan seorang remaja peminat pesawat, Jeff, bersama ibunya yang memulakan perjalanan sehala ke Hollywood.

“Cerita ini berkembang sebagai suatu perjalanan bernuansa nostalgia yang berlatarkan zaman kegemilangan penerbangan,” menurut pihak festival.

“Perjalanan tersebut dipenuhi detik yang bersifat ajaib serta tidak dijangka, sekali gus membentuk hala tuju masa depan kanak-kanak itu,” menurut kenyataan berkenaan, sambil menambah bahawa salah seorang pramugari dilakonkan oleh satu-satunya anak perempuan Travolta, Ella Bleu, 25.

Pelakon itu, yang dibesarkan berhampiran Lapangan Terbang LaGuardia di New York, merupakan seorang juruterbang profesional dan mula menerbangkan pesawat seawal usia 15 tahun.

“Travolta memiliki sijil kelayakan untuk mengendalikan pesawat Boeing 707, 737 dan 747, selain Bombardier Global Express, serta merupakan juruterbang persendirian pertama yang menerbangkan Airbus A380,” menurut pihak festival.

Travolta turut dikenali sebagai ikon budaya popular menerusi peranannya dalam filem seperti Saturday Night Fever (1977), Grease (1978) dan Hairspray (2007).

Propeller One-Way Night Coach dijadualkan membuat tayangan perdana global di Apple TV pada Mei. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu
Next: Sandra Lim tidak tolak kembali ke arena ratu cantik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.