Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Transformasi ekonomi Sarawak raih pengiktirafan serantau, Abang Johari ke IES 2026
  • SEMASA

Transformasi ekonomi Sarawak raih pengiktirafan serantau, Abang Johari ke IES 2026

Utusan Sarawak 2 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, hari ini. Foto UKAS 

KUCHING: Pengiktirafan terhadap perubahan landskap ekonomi Sarawak berteraskan kelestarian kini semakin jelas apabila Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 di Jakarta, pada 3 Februari depan. 

Menurut beliau, minat komuniti perniagaan Indonesia dan serantau terhadap Sarawak mencerminkan perubahan ketara landskap ekonomi negeri ini yang kini dilihat bukan lagi bersifat biasa, sebaliknya muncul sebagai antara ekonomi wilayah yang semakin dinamik di rantau ASEAN.

“Mereka melihat struktur ekonomi Sarawak sebagai tersusun dan berdaya tahan. Sebab itu mereka ingin mengetahui bagaimana kita melaksanakannya serta dasar yang menjadi teras kepada pembangunan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSISS) di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Beliau berkata, jemputan tersebut dibuat oleh Majlis Ekonomi Indonesia (IBC) bagi membolehkan beliau berkongsi pengalaman serta pendekatan Sarawak dalam membangunkan ekonomi negeri secara mampan, inovatif dan berpandukan visi jangka panjang.

Abang Johari menegaskan bahawa jemputan untuk menyampaikan ucaptama di platform ekonomi antarabangsa itu bukanlah pengiktirafan kepada individu, sebaliknya hasil usaha kolektif kerajaan Sarawak bersama barisan kabinet, perkhidmatan awam serta agensi berkaitan yang telah bekerja secara konsisten membina asas ekonomi negeri yang kukuh.

“Perhatian yang semakin meningkat daripada negara-negara ASEAN membuktikan bahawa Sarawak kini mula dilihat sebagai wilayah yang berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam ekosistem ekonomi serantau.

“Ini menunjukkan bahawa dasar yang kita laksanakan bukan sahaja relevan di peringkat tempatan, malah selari dengan keperluan dan jangkaan antarabangsa,” tegasnya. 

Beliau menambah bahawa pendidikan berkualiti dan pembangunan modal insan kekal menjadi teras utama kepada kelestarian ekonomi Sarawak, sekali gus menyokong aspirasi negeri untuk terus berkembang sebagai ekonomi maju dan berdaya saing di peringkat global.

oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gas metana dikesan di tapak Pesta Kaul Oya, JBPM syor ditutup segera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.