Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Transformasi ekonomi digital perlukan wanita
  • TEMPATAN

Transformasi ekonomi digital perlukan wanita

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan Pengiktirafan Khas sempena Hari Wanita Antarabangsa 2021 Sarawak (HWA21) kepada salah seorang penerima sambil disaksikan oleh Dato’ Sri Fatimah Abdullah semasa Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Sarawak di Kuching semalam. • Foto UKAS

KUCHING: Usaha mentransformasikan ekonomi digital tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak memberi peluang sama rata antara kaum lelaki dan wanita untuk sama-sama berperanan kearah mentransformasikan ekonomi digital bagi mencapai negeri maju menjelang 2030.

“Kerajaan Negeri tidak hanya melihat satu jantina sahaja untuk membangunkan Sarawak, kedua-dua jantina punya peranan sama penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 (HWA21) Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Abang Johari turut percaya wanita di Sarawak mampu memainkan peranan berkenaan dan mempunyai masa depan yang cerah.

“Di Sarawak, dalam kita ke arah baharu, ia juga berdasarkan merit.
“Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan dan pengetahuan terkini dalam era baharu, mereka akan mempunyai masa depan yang cerah,” ujarnya.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi pengiktirafan kepada golongan wanita yang diterjemahkan menerusi dasar sosial dirangka.

“Saya yakin, Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) bersama agensi serta pertubuhan bukan kerajaan lain merangka dasar yang memberi peluang kepada wanita serta lelaki,” tambahnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: PELUANG SAKSAMA, MERIT DIUTAMAKAN
Next: KKR lancar Program Solar Energy Purchasing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.