Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Transformasi digital, AI perlu seiring dengan pemeriksaan nilai, jati diri – Anwar
  • NASIONAL

Transformasi digital, AI perlu seiring dengan pemeriksaan nilai, jati diri – Anwar

Utusan Sarawak 13 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan di Dataran Nilai hari ini. Foto BERNAMA

NILAI: Hasrat Malaysia untuk menjadi antara negara membangun dan terkedepan termasuk dari segi transformasi digital perlu seiring dengan pemerkasaan nilai, jati diri, akhlak, keyakinan agama dan budaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemajuan teknologi dari segi kecerdasan buatan (AI) juga perlu seimbang dan tidak boleh hanya menambah kesenangan antara kaya dengan miskin serta mereka yang mempunyai pengetahuan tentang AI atau sebaliknya.

“AI umpamanya, pertama teknologi ini bukan mudah, bukan murah dan ada risikonya, kerana kalau kita hanya ciplak, ambil saja apa yang dilontarkan oleh orang asing seperti Amerika, Eropah atau China, kita tidak akan dapat mempertahankan akidah, akhlak, nilai budaya kita.

“Jadi, kita harus latih anak-anak, faham apa itu digital, AI dan kemudian mampu menghasilkan prakarsa (inisiatif) yang sesuai dengan pemikiran. Kita boleh ambil dari semua negara, tetapi kita mesti pertahankan nilai dan budaya. Hal ini yang disebut latihan, penguasaan teknologi baharu,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Beliau berkata transformasi digital juga diharap dapat meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat untuk mengelak daripada productivity paradox.

“Jangan kita belanja tinggi untuk AI dan digital, tetapi produktiviti tidak meningkat, khidmat kepada rakyat tidak bertambah,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut memuji langkah proaktif yang diambil oleh beberapa buah universiti termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Multimedia (MMU) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menubuhkan Fakulti AI atau memperkenalkan kursus berkaitan. 

Terdahulu, pada majlis berkenaan kemunculan jurucara AI, iaitu Aini dan Ecah yang ditampilkan dalam montaj perasmian menarik perhatian pengunjung dan kelainan itu memberikan pengalaman baharu yang lebih segar dan interaktif selari dengan perkembangan teknologi semasa. — Bernama

Continue Reading

Previous: Memorandum Jemaah Menteri haramkan vape akan dibentang selewatnya hujung tahun
Next: Tiada keperluan tutup sekolah kurang murid, penuhi kepentingan pendidikan – Wong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.