
KUALA LUMPUR: Transaksi Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mencecah RM110 juta dalam tempoh dua hari pelaksanaannya bermula semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), hingga 9.30 malam tadi, lebih 900,000 rakyat telah menyempurnakan perbelanjaan berjumlah RM60 juta di seluruh negara.
“Secara keseluruhan, lebih 1.7 juta penerima berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari, dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,” menurut kenyataan itu, malam ini.
Menurut MOF, peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan MyKasih susulan ledakan transaksi semalam membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses pada hari kedua.
Bagaimanapun, sistem masih mencatatkan kesesakan pemprosesan di beberapa lokasi, termasuk pasar raya besar di bandar ketika waktu puncak antara 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang.
-Bernama