Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tragedi sungai: Remaja hilang dibaham buaya ditemui maut
  • KEMALANGAN

Tragedi sungai: Remaja hilang dibaham buaya ditemui maut

Utusan Sarawak 10 hours ago
MANGSA ditemukan oleh ahli keluarga sekitar 5.27 petang di seberang kawasan rumah panjang berhampiran Paragon, selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya di sungai berhampiran Kampung Segubang, Jalan Batu Kawa Lama, ditemukan maut petang tadi.

Mangsa ditemukan oleh ahli keluarga sekitar 5.27 petang di seberang kawasan rumah panjang berhampiran Paragon, selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mayat mangsa dibawa ke darat untuk proses pengecaman sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang sekitar 2.41 petang ketika mandi di sungai bersama ahli keluarga sebelum dipercayai disambar buaya.

MANGSA ditemukan oleh ahli keluarga sekitar 5.27 petang di seberang kawasan rumah panjang berhampiran Paragon, selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Foto JBPM Sarawak

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang tiba di lokasi pada jam 2.55 petang segera melancarkan operasi SAR dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan bot serta kaedah ‘surface searching’ di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Operasi melibatkan lapan anggota termasuk tiga anggota PPDA itu ditamatkan sepenuhnya pada 5.32 petang selepas mangsa berjaya ditemui.

Turut berada di lokasi ialah pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.