Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian – PM Anwar
  • SEMASA

Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian – PM Anwar

Utusan Sarawak 8 hours ago
TRAGEDI pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan hari ini perlu dijadikan iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati serta tidak cuai dalam setiap tindakan.

Menerusi hantaran di X hari ini, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin serta mendoakan mangsa yang cedera agar diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilapor berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan proses siasatan dalaman bagi meneliti pematuhan setiap prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kejadian itu, selain siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa. 

Dalam kejadian itu, Nur Fatimatul Hawa yang juga pelajar tingkatan satu maut manakala seorang lagi pelajar cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan surau tersebut.

Kejadian pada 1.50 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu wanita terbabit tersalah menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kenderaannya terbabas dan melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut di hadapan surau itu serta tiang batu surau berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan tidak kompromi semua projek infrastruktur di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.