Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tragedi feri karam: ‘Cooler box’ selamatkan bayi
  • GLOBAL

Tragedi feri karam: ‘Cooler box’ selamatkan bayi

Utusan Sarawak 4 days ago

Keadaan kapal KM Barcelona 5. Foto AFP

MANADO: Suasana panik menyelubungi perairan antara Pulau Talise dan Pulau Gangga, Minahasa Utara, Sulawesi Utara, apabila feri (KM) Barcelona 5, terbakar pada Ahad, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga penumpang maut, manakala ratusan lagi terselamat, lapor Kompas.

Kapal yang dalam perjalanan dari Melonguane, Kepulauan Talaud menuju ke Manado itu terbakar kira-kira 12 tengah hari waktu tempatan, kira-kira 60 kilometer dari Pelabuhan Manado.

Tiga penumpang yang disahkan maut dalam tragedi menyayat hati itu iaitu Asna Lapae, 50; Zakaria Tindiuling; dan Juliana Humulung, 40.

Dalam insiden itu, ratusan penumpang lain berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pasukan penyelamat bersama nelayan tempatan yang membantu operasi mencari dan menyelamat.

Salah satu momen paling menyentuh hati adalah operasi menyelamat seorang bayi menggunakan kotak pendinginan (cooler box) sebagai pelampung kecemasan kerana kekurangan jaket keselamatan di atas kapal.

“Mereka ambil keputusan yang cepat dengan memindahkan bayi itu menggunakan kotak penyejuk” kata salah seorang penumpang terselamat, Serly Horman. 

Kotak pendinginan yang biasanya digunakan untuk menyimpan makanan dan vaksin itu dibiarkan terapung di laut bersama bayi terbabit sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

Serly turut menceritakan pengalamannya yang terpaksa berenang menyelamatkan diri bersama anak dan orang tuanya yang sakit tanpa sebarang pelampung kerana kapal dipenuhi asap.

“Saya hanya mampu berdoa dan minta Tuhan memberi pertolongan,” katanya kepada Tribun Manado ketika ditemui di Pelabuhan Serei.

Serly berkata, dia bersyukur mereka diselamatkan nelayan walaupun salah seorang ahli keluarga iaitu Asna Lapae meninggal dunia akibat insiden itu. 

Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada salah satu kabin penumpang ketika kebanyakan penumpang makan tengah hari. 

Jumlah sebenar penumpang masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa menganggarkan ia melebihi 400 orang.

Continue Reading

Previous: China mulakan pembinaan loji kuasa hidroelektrik terbesar dunia di Tibet
Next: Raja dadah Ecuador ‘Fito’ diekstradisi ke AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.