Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tragedi feri Bali: 42 mangsa ditemukan, 23 lagi masih dicari
  • GLOBAL

Tragedi feri Bali: 42 mangsa ditemukan, 23 lagi masih dicari

Utusan Sarawak 16 hours ago

Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia meneruskan pencarian mangsa feri karam di Bali. Foto AFP

JAKARTA: Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (Basarnas) melaporkan 42 mangsa telah ditemukan daripada feri Tunu Pratama Jaya yang karam di perairan Bali, menurut Agensi Berita ANTARA.

Dalam kenyataan pada Khamis, agensi itu menyatakan pencarian 23 penumpang lagi masih diteruskan dengan menggunakan kamera bawah air. Feri itu membawa 65 orang berdasarkan daftar muatan.

Timbalan Ketua Basarnas untuk Operasi dan Kesiapsiagaan, R. Eko Suyatno, berkata setakat pagi Khamis, 42 mangsa telah ditemukan, 30 daripadanya terselamat dan 12 maut.

Pasukan SAR gabungan terus melakukan pencarian di Selat Bali walaupun menghadapi keadaan cuaca mencabar.

Sebuah kamera bawah air dihantar ke kedalaman 35 meter, tetapi hanyut dibawa arus kuat tidak lama selepas digunakan.

Operasi itu diselia Laksamana Pertama Endra Hartono, Panglima Stesen Udara Tentera Laut (Danguspurla) Markas Armada Kedua.

“Sebelum kamera hanyut, kami sempat merakam imej objek bawah air pada kedalaman 48 hingga 49 meter,” kata Hartono.

Setakat petang Khamis, pasukan penyelamat laut di sektor selatan dan pasukan darat memantau garis pantai belum menemui lagi mangsa.

Menurut Polis Banyuwangi, satu daripada dua mayat yang ditemukan pada Khamis dikenal pasti sebagai Putu Mertayasa, penduduk Buleleng, Bali.

Feri jenis roro itu membawa 53 penumpang, 12 anak kapal dan 22 kenderaan ketika berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi, Jawa Timur pada 10.56 malam 2 Julai. 

Feri itu karam dalam pelayaran ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali kira-kira 11.35 malam. – Bernama-Antara

Continue Reading

Previous: Ahli sains temukan kesan terawal bakteria wabak dari 5,500 tahun dahulu
Next: Empat individu terkaya Afrika miliki kekayaan melebihi separuh penduduk benua itu – Oxfam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.