KUCHING: Sarawak sekali lagi dikejutkan dengan insiden sebuah bot berserta lima pemancing dilaporkan tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan setelah menuju ke perairan Karam Berumput sehingga ke Tukun Bass sekitar 9.3 batu nautika dari Santubong.
Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, pihaknya menerima aduan daripada pengadu pada 7.00 pagi, Ahad lalu.
Sejurus menerima laporan, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mengaktifkan Operasi CARILAMAT dan menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan serta komuniti setempat berkenaan kejadian tersebut.
Katanya, maklumat awal daripada pengadu mengatakan bot pancing berkenaan keluar dari Jeti 98 Fishing Village pada 5.00 petang, 1 Oktober lalu dan tidak dapat dihubungi sebelum pengadu bertindak membuat laporan polis setelah khuatir keselamatan semua mangsa.
“Identiti semua mangsa dikenal pasti dan kelima-lima mereka merupakan lelaki warga tempatan iaitu Khamizan Saidi (tekong bot), Ng Ching Hui, Christoper Teo, Yap Tze Kang dan Leo Dy Lee Jiann Tarn,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Zin Azman, setakat 3.00 petang semalam, tiada sebarang petunjuk baharu ditemui tim penyelamat, hanya penemuan boya berwarna oren pada petang Ahad dengan jarak 34.5 batu nautika dari Muara Sungai Santubong dan disahkan pemilik bot.
Dalam pada itu, keadaan cuaca pada semalam sedikit berangin dengan kelajuan 20 hingga 30 kilometer (km) sejam dan laut berombak 1.0 hingga 1.5 meter.
MRSC Kuching telah mengkoordinasikan operasi CARILAMAT bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) beserta enam bot pancing.
“Keluasan pencarian hari ini (semalam) merangkumi 101 batu nautika persegi melibatkan aset Maritim Malaysia KM Cekal bagi pencarian di laut dan tiga aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM Beachcraft King Air B300, Helicopter Ecureuil AS355N serta Pesawat Cessna Caravan C208 bagi pencarian melalui udara.

“Beberapa bot pancing komuniti maritim sekitar turut melakukan pencarian membabitkan seramai 90 anggota,” dedahnya.
Sementara itu, Maritim Malaysia turut menasihatkan komuniti maritim agar tidak turun ke laut buat masa sekarang memandangkan keadaan cuaca di laut kurang baik terutamanya ketika ini berlakunya peralihan Monsun Timur Laut bermula dari Oktober 2021 hingga Mac 2022.
Tambahnya, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Sarawak di talian 082-432544.
Oleh SYAMIMI HUSNA