Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tragedi bengkel di Miri, lelaki maut dihempap kereta
  • KEMALANGAN

Tragedi bengkel di Miri, lelaki maut dihempap kereta

Utusan Sarawak 5 days ago
MAUT…Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut. Foto IPD Miri

MIRI: Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di bengkel, Piasau hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mangsa lelaki tempatan berumur 22 tahun telah meninggal dunia dihempap kereta semasa membuat penyelenggaraan di bengkel tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah laporan mati mengejut,”ujarnya.

Mohd Farhan memohon orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu supaya berhubung dengan Balai Polis Pusat Miri di talian 085-427093 atau menghubungi Ketua Balai Polis Pusat Miri, Inspektor Nixon Malang di talian 016-8864949.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu serta individu yang telah memuat turun gambar si mati di media sosial dalam keadaan yang nengerikan mohon dipadamkan bagi menjaga maruah dan sensiviti keluarga tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Kereta masuk tasik Unimas, wanita maut
Next: Wanita cedera rempuh kenderaan parkir di Jalan Kubong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.