Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tragedi bas Gerik: Pemandu bas bawa pelajar UPSI ditahan selepas keluar hospital
  • NASIONAL

Tragedi bas Gerik: Pemandu bas bawa pelajar UPSI ditahan selepas keluar hospital

Utusan Sarawak 1 day ago

Isnin lalu, bas yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu, ke kampus utama universiti itu terbabit kemalangan di KM53 Jalan Raya Timur-Barat di Gerik. - Foto BERNAMA

IPOH: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Isnin lepas, ditahan polis petang tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada 6 petang sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Taiping selepas dirawat di hospital itu akibat kecederaan dialami disebabkan kemalangan terbabit.

“Lelaki berkenaan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan kita telah mendapat arahan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara), (dia) akan didakwa di Mahkamah (Majistret) Gerik esok,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Dalam kejadian Isnin lepas, 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang mereka naiki dari Jertih, Terengganu ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas terlibat dalam pelanggaran dengan kereta Perodua Alza di laluan JRTB.

Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 individu cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Polis nasihat pemandu bas tidak keluar sebarang kenyataan terbuka, elak ganggu siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.