RENCANA ini merupakan tulisan keempat saya dalam mengulas kecelaruan cuaca yang melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan baru-baru ini.
Episod cuaca ekstrem tersebut membawa impak yang amat dahsyat, dengan angka kematian menghampiri 1,800 orang, sekali lagi melakar sebuah tragedi kemanusiaan yang jelas berkait dengan bencana iklim.
Di Sumatera sahaja, jumlah korban hampir mencecah 1,000 orang. Laporan media, deretan gambar serta rakaman video yang tular di media sosial menggambarkan betapa dahsyat dan tragisnya bencana ini terhadap penduduk yang terjejas.

Rumah-rumah hanyut, kayu balak dihanyutkan arus deras lalu tersangkut dan bertimbun di perkampungan, manakala lumpur mendap sehingga setebal bumbung rumah.
Ada kampung yang dilaporkan lenyap sama sekali. Begitu besar dan sungguh membingungkan impak bencana iklim ini.

Rencana ini saya tulis ketika menginap di Bukit Kokol, Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Disember 2025. Bukit setinggi lebih 800 meter ini memiliki suhu yang sejuk serta pemandangan begitu indah.
Hasrat saya adalah untuk menikmati panorama matahari terbenam dari puncak bukit—dengan latar bandar raya Kota Kinabalu, Laut China Selatan, dan gugusan pulau-pulau yang mempesona.
Ramai menceritakan pemandangan sunset di sini sebagai amat mengagumkan; dan ternyata demikianlah realitinya. Suasana matahari terbenam benar-benar mengasyikkan, memberi pengalaman yang sukar dilupakan.
Sebenarnya, Bukit Kokol begitu nostaljik bagi saya. Saya pernah bersekolah di SMK Menggatal pada 1978–79 (dijenamakan semula sebagai SMK Bandaraya pada 2015) dan kemudiannya bertugas sebagai pensyarah di UKM Kampus Sabah, Menggatal (1990–1993).
Kedua-duanya terletak di kaki Bukit Kokol. Barangkali pada waktu itu saya tidak begitu menghargai keindahan bukit ini. Justeru, saya berasa amat bertuah kerana dapat kembali menjejakkan kaki ke bukit yang hampir setiap hari saya tatap 47 tahun yang lalu.
Ketika menikmati panorama sunset yang memukau, fikiran saya melayang memikirkan betapa rentannya bandar raya Kota Kinabalu sekiranya ribut tropika seperti Senyar melanda kawasan ini.
Dengan ketinggian Bukit Kokol, hujan orografi yang terhasil boleh mencetuskan aliran air deras menuju ke kawasan bandar dan meningkatkan risiko banjir teruk.
Jika pembangunan di bukit ini tidak dikawal dan penebangan hutan berlaku secara berleluasa, tidak mustahil Kota Kinabalu suatu hari nanti akan dilanda banjir lumpur yang dahsyat.
Namun, sepanjang pemanduan saya dari kaki bukit hingga ke lokasi penginapan, saya tidak melihat tanda-tanda pembangunan tidak mampan atau aktiviti penebangan hutan yang membimbangkan.
Seterusnya, fikiran saya melayang kepada kawasan berbukit-bukau di Sumatera. Mungkin rupa bumi sedemikian menjadikan kawasan tersebut sangat rentan dan terdedah kepada bencana banjir luar biasa seperti yang baru berlaku.

Kawasan bergunung-ganang sememangnya boleh menjana hujan orografi yang berpotensi mencetuskan banjir besar jika angin kencang secara konsisten bertiup ke kawasan bukit bukau.
Namun, Senyar hanyalah sebuah ribut tropika—bukan taufan super seperti Fung-Wang atau Kalmaegi yang pernah melanda Filipina.
Dalam rencana sebelum ini, saya mengaitkan kecelaruan cuaca kali ini dengan pelbagai faktor pemacu impak iklim atau climate impact drivers (CID), termasuk luruan sejuk, La Niña, Indian Ocean Dipole berfasa negatif, serta pemanasan global, yang secara bersama boleh meningkatkan tahap impak cuaca ekstrem yang berlaku.
Malah, saya turut berhipotesis bahawa pengukuhan ribut tropika Senyar dipengaruhi oleh tiupan angin luruan sejuk.
Kajian lanjut dan simulasi cuaca ekstrem diperlukan untuk menentukan peranan sebenar faktor-faktor ini.
Bagaimanapun, kejadian kecelaruan cuaca ini adalah konsisten dengan dapatan utama laporan IPCC Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyatakan bahawa pemanasan global akibat peningkatan gas-gas rumah hijau akan meningkatkan kejadian cuaca ekstrem dan pelbagai fenomena lain.

Bagaimana pula dengan kayu-kayu besar dan balak yang dihanyutkan, serta timbunan lumpur yang menenggelamkan kampung? Adakah impak sebesar ini boleh berlaku tanpa pembangunan dan guna tanah yang tidak mampan, termasuk penebangan hutan secara berleluasa?
Pelbagai pakar turut memberi pandangan bahawa faktor guna tanah dan penebangan hutan turut menyumbang kepada banjir teruk ini.
Sekali lagi, ini konsisten dengan laporan IPCC yang menegaskan bahawa risiko bencana iklim akan meningkat jika faktor-faktor pemacu bukan iklim (non-CID) seperti pembangunan tidak terkawal terus meningkatkan pendedahan dan kerentanan masyarakat.
Ternyata, dalam banjir dahsyat di Sumatera ini, kedua-dua faktor—tangan manusia dan perubahan iklim—turut memainkan peranan. Dan ini merupakan satu peringatan yang serius.
Ini bukan kali pertama dan pastinya bukan yang terakhir. Kejadian seumpama ini berkemungkinan berulang, bukan sahaja di Sumatera tetapi juga di negara-negara lain di rantau ini, terutamanya di kawasan yang mengalami pembangunan tidak mampan dan penebangan hutan tidak terkawal.

Pemerintah harus memberi perhatian serius kepada pengawalan faktor pemacu impak bukan iklim ini. Di rantau Asia Tenggara, unjuran perubahan iklim masa hadapan amat membimbangkan.
Bukan sahaja cuaca ekstrem dan banjir, malah kemarau dan gelombang haba turut diunjurkan meningkat dari segi intensiti dan kekerapan sekiranya dunia gagal mengehadkan pemanasan global di bawah 1.5°C.
Dalam siri rencana akan datang, saya akan berkongsi dapatan kajian khusus bagi Asia Tenggara mengenai unjuran iklim masa hadapan di rantau ini.
Prof Emeritus Dr. Fredolin Tangang adalah Profesor Emeritus dalam bidang klimatologi dan perubahan iklim di Universiti Kebangsaan Malaysia, Felo Akademi Sains Malaysia dan kini bertugas di Universiti Brunei Darussalam. Beliau juga bekas Naib Pengerusi Kumpulan Kerja 1 Panel Perubahan Iklim Antara-Kerajaan (IPCC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
English Version:
Sumatra flood tragedy: Human hands or climate change?
THIS article is the fourth in my series examining the recent spell of weather disruption that has struck Southeast Asia and South Asia.
The episode of extreme weather has brought devastating impacts, with the death toll approaching 1,800 people—yet another humanitarian tragedy clearly linked to climate-related disasters.

In Sumatra alone, the number of fatalities is nearing 1,000. Media reports, along with a stream of images and video footage circulating widely on social media, illustrate the scale of destruction and human suffering.
Homes were swept away, timber logs were carried by powerful torrents and piled up in villages, while mud deposits reached the height of rooftops.

Entire villages were reported to have vanished. Such is the immense and bewildering impact of this climate disaster.
I am writing this article while staying in Bukit Kokol, Kota Kinabalu, Sabah, on 10 December 2025. This hill, standing over 800 metres high, is blessed with cool temperatures and breathtaking views.
My intention was to enjoy the sunset panorama from its peak—with the city of Kota Kinabalu, the South China Sea, and the surrounding islands forming a stunning backdrop.
Many have described the sunset view from this hill as truly spectacular; and indeed, it lived up to its reputation. The sunset was mesmerising and offered an experience that will not easily be forgotten.
Bukit Kokol holds a deep nostalgic value for me. I attended high school at SMK Menggatal in 1978–79 (renamed SMK Bandaraya in 2015) and later served as a lecturer at UKM’s Sabah Campus in Menggatal (1990–1993).
Both are located at the foot of Bukit Kokol. Perhaps at that time I did not fully appreciate its beauty. Thus, I feel fortunate to be able to set foot once again on the hill that I gazed upon almost every day 47 years ago.
As I admired the captivating sunset, my thoughts drifted to the vulnerability of Kota Kinabalu should a tropical storm like Senyar strike the area.
With the elevation of Bukit Kokol, orographic rainfall could easily produce rapid runoff towards the city, heightening the risk of severe flooding.
If development on this hill is not controlled and deforestation occurs unchecked, Kota Kinabalu could one day face catastrophic mud floods.
However, throughout my drive from the foot of the hill to my accommodation, I observed no signs of unsustainable development or worrying forest clearance.
My thoughts then turned to the hilly and mountainous terrain of Sumatra. Perhaps such topography makes the region highly vulnerable and exposed to the extraordinary floods that recently occurred.

Mountainous areas can indeed generate orographic rainfall, which may trigger large-scale flooding if persistent, strong winds blow toward high-elevation areas. Yet Senyar was only a tropical storm—not a super typhoon like Fung-Wang or Kalmaegi, which had previously struck the Philippines.
In my earlier articles, I linked this weather disruption to a combination of climate impact drivers (CID), including a cold surge, La Niña, a negative-phase Indian Ocean Dipole, and global warming, all of which likely contributed to the event’s severity.
I also hypothesised that the strengthening of Tropical Storm Senyar may have been influenced by strong winds associated with the cold surge.
Further scientific studies and extreme weather simulations are needed to determine the precise role of these factors. Nevertheless, this episode is consistent with key findings of the IPCC, which emphasise that global warming driven by greenhouse gas emissions will intensify extreme weather events and related phenomena.
What, then, of the massive timber logs, the debris, and the thick mud that engulfed the villages? Could such extensive destruction have occurred without unsustainable land use, including widespread deforestation?

Many experts have pointed out that land-use practices and forest clearance likely contributed to the severity of the floods. Again, this aligns with the IPCC’s assessment that climate-related disaster risks increase when non-climatic drivers—such as uncontrolled development—heighten exposure and vulnerability.
Evidently, in the devastating floods of Sumatra, both factors—human activities and climate change—played significant roles. And this serves as a stark reminder.
This is not the first such event, nor will it be the last. Similar disasters may occur again, not only in Sumatra but across other countries in the region, particularly where unsustainable development and uncontrolled deforestation persist.

Governments must pay serious attention to managing these non-climatic risk drivers. In Southeast Asia, future climate projections are deeply concerning.
Not only are extreme weather events and floods expected to intensify, but droughts and heatwaves are also projected to increase in frequency and severity if the world fails to limit global warming to below 1.5°C.
In the next instalment of this series, I will share key scientific findings on future climate projections for Southeast Asia.
Emeritus Professor Dr Fredolin Tangang is an Emeritus Professor in climatology and climate change at Universiti Kebangsaan Malaysia, a Fellow of the Academy of Sciences Malaysia, and is currently serving at Universiti Brunei Darussalam. He is also a former Vice-Chair of Working Group I of the Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC), United Nations (UN).