Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tradisi Makan Tahun terus eratkan perpaduan masyarakat Kedayan di Bekenu
  • TEMPATAN

Tradisi Makan Tahun terus eratkan perpaduan masyarakat Kedayan di Bekenu

Utusan Sarawak 6 hours ago
ALBUM…Lukanisman Awang Sauni dan Rosey Yunus merakam kenangan bersama Biro Wanita Kampung Masjid Tiris pada Majlis Makan Tahun 2026 di Bekenu pagi tadi.

BEKENU: Tradisi tahunan Makan Tahun terus dipelihara oleh masyarakat Kedayan di sini sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian di samping mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti pelbagai kaum.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni ketika ditemui Utusan Sarawak pada Majlis Makan Tahun di Kampung Masjid Tiris hari ini berkata, sambutan tersebut menjadi lambang kesyukuran dan perpaduan masyarakat Kedayan di Bekenu.

“Minggu ini merupakan musim Makan Tahun di kawasan Bekenu dan setiap tahun kampung-kampung di sini akan mengadakan majlis seperti ini.

“Majlis yang berlangsung meriah ini turut dihadiri penduduk tempatan, pemimpin masyarakat serta tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang,” katanya.

MESRA… Penduduk tempatan dan pengunjung luar dilihat duduk bersama menikmati juadah istimewa masakan kampung dalam suasana harmoni dan penuh perpaduan pada Majlis Makan Tahun 2026 di Kampung Masjid Tiris.

Beliau berkata, Makan Tahun merupakan acara adat penting bagi masyarakat Kedayan yang lazimnya diraikan selepas musim menuai sebagai simbol penghargaan terhadap rezeki yang dikurniakan serta permuafakatan sesama penduduk.

Ahli Parlimen Sibuti itu turut menambah bahawa majlis seumpama ini bukan sahaja mengekalkan warisan budaya masyarakat Kedayan, malah menjadi platform terbaik untuk memperkukuh perpaduan antara kaum di Bekenu.

“Turut hadir ialah pengunjung dari Brunei Darussalam dan Bintulu,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus berkata, Majlis Makan Tahun bukan sahaja menjadi platform meraikan hasil tuaian dan tanda kesyukuran, malah berperanan penting dalam memperkukuh jalinan silaturahim antara penduduk pelbagai peringkat usia.

“Majlis seperti ini penting kerana kita mahu generasi muda terus mengenali dan berbangga dengan budaya sendiri di samping merapatkan hubungan dengan komuniti lain,” katanya.

Utusan Sarawak difahamkan, persiapan bagi majlis tersebut mengambil masa antara dua hingga tiga hari dengan semangat gotong-royong yang tinggi dalam kalangan penduduk kampung.

Antara persiapan yang dilakukan termasuk mencari daun untuk membungkus kelupis serta mengumpul kayu api bagi memasak kelupis dan juadah tradisional lain.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Wanita SUPP agih bunga kekwa sempena Hari Ibu di Miri
Next: MBKS laksana program vaksinasi besar-besaran, 236 anjing divaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.