Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi ‘Lombak Colop’ semarakkan malam tujuh likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang
  • Selatan
  • WILAYAH

Tradisi ‘Lombak Colop’ semarakkan malam tujuh likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERTANDINGAN Lombak Colop 2026 pada malam 17 Mac ini di Kampung Datuk Hilir Simanggang.

SIMANGGANG: Tradisi unik berlari sambil membawa obor atau dikenali sebagai ‘lombak colop’ bakal memeriahkan suasana Ramadan di sini apabila Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Datuk Hilir Simanggang melalui KRT Jiran Muda menganjurkan Pertandingan Lombak Colop 2026 pada malam 17 Mac ini.

Program yang dijadual berlangsung 9.00 malam di perkarangan pintu gerbang JKKK Kampung Datuk Hilir itu bertujuan menghidupkan kembali tradisi lama malam tujuh likur, selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi KRT Kampung Datuk Hilir, Abang Ajibi Abang Morshidi berkata, penganjuran pertandingan tersebut menjadi platform kepada masyarakat, khususnya golongan muda, untuk mengenali serta menghargai warisan budaya yang telah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di kawasan itu.

PERTANDINGAN Lombak Colop 2026 pada malam 17 Mac ini di Kampung Datuk Hilir Simanggang.

Menurutnya, tradisi ‘lombak colop’ yang sinonim dengan suasana malam tujuh likur di Bandar Simanggang ini merupakan simbol kemeriahan Ramadan yang pernah menjadi amalan masyarakat kampung suatu ketika dahulu.

“Melalui program ini kita berharap dapat menghidupkan kembali tradisi tersebut supaya generasi muda tidak melupakan warisan budaya masyarakat tempatan.

“Pada masa sama, ia dapat menjadi aktiviti sihat yang menyatukan penduduk kampung dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan,” katanya ketika ditemui di sini.

Pertandingan Lombak Colop 2026 itu akan mempertandingkan empat kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 17 tahun, terbuka 18 tahun ke atas serta kategori khas wanita melibatkan ibu-ibu ahli KRT Kampung Datuk Hilir Simanggang.

Bagi kategori bawah 12 tahun, peserta akan berlari dalam acara 4×100 meter, manakala kategori bawah 17 tahun melibatkan jarak 4×200 meter dan kategori terbuka pula 4×400 meter.

Kategori khas wanita pula memberi peluang kepada golongan ibu untuk turut serta memeriahkan pertandingan tersebut.

Setiap pasukan perlu dianggotai empat orang peserta dan dibenarkan terdiri daripada gabungan lelaki serta perempuan, dengan syarat setiap kumpulan hanya boleh menghantar satu penyertaan.

Penyertaan pertandingan dibuka kepada penduduk Kampung Hilir yang merangkumi Kampung Masjid Baru, Kampung Datuk Hilir, Kampung Haji Undom, Kampung Tanjong Engkabang, Kampung Baru Hilir serta Kampung Tanah Baru Sembau, kecuali kategori terbuka yang turut membenarkan penyertaan luar.

Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang hadiah wang tunai antara RM30 hingga RM150 berserta pingat, manakala keputusan hakim adalah muktamad.

Menurut Abang Ajibi, setiap pasukan perlu memastikan colop yang dibawa kekal menyala sepanjang larian sehingga ke garisan penamat bagi melayakkan mereka diiktiraf sebagai pemenang.

Pertandingan ini dijangka menjadi antara aktiviti komuniti yang memeriahkan sambutan Ramadan di kawasan itu selain menghidupkan kembali tradisi malam tujuh likur yang semakin jarang dilihat pada masa kini.

Bagi mereka yang berminat, borang penyertaan boleh didapati di kediaman Abang Syahairoll atau Atui di alamat No.13 Kampung Hilir Sri Aman. 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada urus setia di talian 019-834 7940 (​Abang Syahairoll), 012-806 9109 (​Nik Hazmarul), atau Nur Anisya (013-211 9593).

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular sawa muncul ketika bersahur, penduduk cemas, minta bantuan APM
Next: Jambatan Batang Igan dibuka 16 Mac, hadiah Aidilfitri buat penduduk Bahagian Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.