Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tradisi Bak Chang kukuh perpaduan komuniti pelbagai kaum
  • TEMPATAN

Tradisi Bak Chang kukuh perpaduan komuniti pelbagai kaum

Utusan Sarawak 13 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin semasa demonstrasipembuatan Bak Chang. Foto: Amanda L

KUCHING: Tradisi pembuatan Bak Chang bukan sahaja mencerminkan kekayaan budaya masyarakat Cina, malah berupaya memperkukuh hubungan dalam kalangan komuniti pelbagai kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin menyifatkan usaha seperti penganjuran ‘Haruman Daun Bak Chang: Demonstrasi Membuat Bak Chang Vegetarian’ di Aeroville Mall petang tadi sebagai satu inisiatif bertepatan untuk mengangkat nilai warisan sambil memupuk perpaduan.

“Bak Chang, atau kuih tradisional yang dibalut daun buluh, bukan sekadar makanan istimewa ketika sambutan Duanwu (Perayaan Perahu Naga).

“Ia membawa kisah sejarah, nilai kekeluargaan dan semangat kebersamaan,” katanya semasa merasmikan acara berkenaan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut. 

ANTARA bahan yang digunakan termasuk kacang biji mata hitam, beras pulut, cendawan kering, dan ubi keladi. Foto: Amanda L

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa pendekatan memperkenalkan versi vegetarian bukan sahaja membuka ruang kepada lebih ramai masyarakat untuk menikmatinya tanpa mengira latar agama dan diet, malah menyokong amalan gaya hidup sihat serta pemeliharaan alam sekitar.

“Dengan mengajar generasi muda cara penyediaan Bak Chang, kita bukan sahaja memelihara tradisi, tetapi juga menyampaikan warisan ini kepada masa depan,” tambahnya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Rumah Terbuka Gawai 2025 Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua meriah
Next: Renung makna sebenar sambutan Hari Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.