Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TRACE 2025 perkasa graduan, buka peluang kerjaya seluruh Sarawak
  • TEMPATAN

TRACE 2025 perkasa graduan, buka peluang kerjaya seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 22 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis ketika berucap pada majlis penangguhan program Talent Recruitment and Career Exhibition (TRACE) 2025 di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), Unimas, hari ini. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Program Talent Recruitment and Career Exhibition (TRACE) 2025 terus memainkan peranan penting sebagai platform strategik pembangunan modal insan apabila berjaya menarik penyertaan aktif mahasiswa, graduan dan pencari kerja dari seluruh Sarawak.

Majlis penangguhan rasmi disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis yang mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Dalam ucapannya, Datuk Francis menyifatkan TRACE 2025 sebagai inisiatif penting untuk memperkasakan mahasiswa secara holistik serta menyediakan ruang padanan pekerjaan secara langsung antara pencari kerja dan majikan.

“Program ini bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan, tetapi turut membuka ruang strategik untuk peserta membina rangkaian profesional bersama pemain industri,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa pembangunan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi menjadi asas utama kepada kemajuan ekonomi berteraskan inovasi, teknologi, tenaga boleh diperbaharui, bioteknologi dan ekonomi digital.

Datuk Francis turut menggesa para graduan agar menjadi agen perubahan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negeri.

“Ilmu, kemahiran dan pengalaman yang anda peroleh bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi harus dikongsi dan dimanfaatkan bersama komuniti, kampung serta negara,” ujarnya.

TRACE 2025 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), Unimas, menawarkan pelbagai peluang kerjaya merentas sektor strategik.

Program ini menyaksikan penyertaan lebih 50 syarikat dan organisasi dari pelbagai industri termasuk teknologi, kewangan, pertanian moden, dan keusahawanan.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Ir Ts Dr Al-Khalid Othman serta Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Siti Noor Linda Taib. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak rancang jadi tuan rumah World Robotics Olympiad
Next: Petani Sarawak disaran angkat sektor agro sebagai perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.