Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • TPR tunggu arahan lanjut AGC berhubung prosiding terhadap Mohd Shafie
  • MAHKAMAH

TPR tunggu arahan lanjut AGC berhubung prosiding terhadap Mohd Shafie

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Timbalan Pendakwa Raya (TPR) sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar sama ada untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Hal ini susulan kenyataan Mohd Shafie berhubung siasatan inkues yang sedang dijalankan mengenai kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

TPR Mohd Fairuz Johari yang bertindak selaku pegawai pengendali inkues, mendedahkan perkara itu ketika ditanya Koroner Amir Shah Amir Hassan mengenai status notis tunjuk sebab yang telah dikeluarkan kepada ahli politik terbabit pada 22 Sept.

Pada 2 Okt, Mohd Dusuki mengesahkan beliau telah menerima jawapan bertulis pada 29 Sept daripada Mohd Shafie berhubung notis tunjuk sebab yang dikeluarkan berkaitan kenyataan mengenai inkues itu.

Pejabat Peguam Negara (AGC) menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang, termasuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah setelah penelitian selesai.

Notis itu dikeluarkan pada 22 Sept berkaitan kenyataan Mohd Shafie semasa acara “Jelajah Inspirasi DSSA P187 Kinabatangan” pada 20 Sept, dengan beliau didakwa mempersoalkan tempoh panjang inkues berhubung kematian Zara Qairina. Notis berkenaan menetapkan tempoh tujuh hari bagi beliau memberikan maklum balas.

Inkues berhubung kematian Zara Qairina memasuki hari ke-18 prosidingnya hari ini.

Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan daripada Pengarah Kanan di Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Jabatan Kimia Malaysia, Selangor Nor Aidora Saedon, 52.

Saksi ke-17 itu memberi keterangan bahawa kesan darah yang terdapat pada dua helaian kertas diari mengandungi tulisan tangan Zara Qairina sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada spesimen tulang remaja terbabit.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran dengan asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

Setakat ini, sebanyak 17 saksi termasuk lapan kanak-kanak telah memberi keterangan dalam inkues yang bermula 3 Sept lepas.

Prosiding inkues akan bersambung esok dengan keterangan saksi kanak-kanak.

-BERNAMA

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah tangguh keputusan rayuan Najib untuk hidupkan saman terhadap bekas AG
Next: Lelaki dipenjara lapan bulan atas kesalahan pencerobohan jenayah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.