Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TPM Fadillah luang masa ziarah jurufoto Bernama Razali Nordin di HUS
  • TEMPATAN

TPM Fadillah luang masa ziarah jurufoto Bernama Razali Nordin di HUS

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof meluangkan masa menziarahi jurugambar Bernama, Razali Nordin yang kini terlantar dan menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini. Razali yang telah lama menabur khidmat dan merakam pelbagai detik penting negara bersama Bernama kini berdepan ujian kesihatan apabila menghidap komplikasi jantung, batu karang, buah pinggang dan diabetes, serta dijadualkan menjalani pembedahan injap jantung di Pusat Jantung Sarawak, HUS minggu depan. Foto Bernama

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof hari ini meluangkan masa melawat jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Razali Nordin, 54, yang sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Fadillah dalam hantaran Facebook rasminya berkata Razali dijadualkan menjalani pembedahan injap jantung di Pusat Jantung Sarawak pada 4 Mei ini.

“Kepada rakan-rakan pengamal media semua, sesibuk mana sekalipun tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan, jagalah kesihatan diri. Kerja penting, tetapi kesihatan lagi penting, jaga diri baik-baik,” kata Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Razali telah berkhidmat di Sarawak selama lebih 20 tahun, diuji dengan pelbagai komplikasi kesihatan seperti jantung, batu karang, buah pinggang dan diabetes.

Dua hari lepas, Razali atau lebih dikenali dengan panggilan Yop dalam kalangan rakan media dikejarkan ke HUS dari rumahnya di Taman Sukma dengan bantuan pihak EMRS dari balai bomba Petra Jaya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ibu bapa disaran lindungi anak daripada cuaca panas, JKM digerakkan bantu rakyat
Next: Wanita dari Limbang hidap kanser darah, rayu sumbangan orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.