Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury di Sibu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DISITA… Sebuah Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury JPJ Cawangan Sibu, semalam. Foto Facebook JPJ Negeri Sarawak

SIBU: Sebuah Toyota Land Cruiser disita dalam Ops Luxury yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sibu, semalam.

JPJ Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kenderaan itu disita kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tidak mempunyai perlindungan insurans.

Operasi berkenaan dilaksanakan melalui rondaan dan pemantauan di sekitar bandar Sibu, dengan sebanyak 294 kenderaan pelbagai jenis diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan dikesan, antaranya tiada lesen memandu yang sah, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.

PEMERIKSAAN… Antara kenderaan yang diperiksa dalam Ops Luxury JPJ Cawangan Sibu, semalam. Foto Facebook JPJ Negeri Sarawak

JPJ Sibu menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya dan akan terus mempergiat penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan, memastikan dokumen kenderaan masih sah serta keadaan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan sempena TBC eratkan hubungan pemimpin dan masyarakat
Next: Bomba santuni penduduk rumah panjang, perkukuh kesedaran pencegahan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.