Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Toppmoeller anggap Liverpool masih kekal pasukan terbaik
  • SUKAN

Toppmoeller anggap Liverpool masih kekal pasukan terbaik

Utusan Sarawak 15 hours ago

Liverpool mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Frankfurt. Foto AFP

FRANKFURT: Jurulatih Eintracht Frankfurt, Dino Toppmoeller, menegaskan Liverpool kekal sebagai pasukan lebih baik dalam setiap perlawanan mereka biarpun berdepan kemerosotan prestasi dengan empat kekalahan berturut-turut menjelang aksi Liga Juara-Juara di Frankfurt, awal pagi Khamis.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu kini berdepan detik sukar walaupun berbelanja hampir £450 juta (RM2.4 bilion) untuk membawa masuk beberapa pemain baharu pada musim panas lalu.

Skuad bimbingan Arne Slot tewas 1-2 kepada musuh tradisi Manchester United pada Ahad lalu, selepas dikecewakan Crystal Palace, Galatasaray dan Chelsea, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak lebih sedekad lalu.

“Perlawanan Ahad lalu sepatutnya boleh berakhir 4-2 untuk Liverpool,” kata Toppmoeller pada sidang media semalam.

“Mereka mungkin tidak berada pada tahap terbaik dari segi keputusan, tapi apabila kita menonton perlawanan mereka, jelas pasukan itu masih bermain dengan baik.”

Jurulatih berusia 44 tahun itu turut mengakui Liverpool hanya ‘kurang sedikit percikan semangat’ namun tetap mendominasi setiap perlawanan.

“Dalam setiap aksi, mereka pasukan lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang gol. Jadi kami menjangkakan mereka tampil sebagai pasukan bertaraf dunia esok,” katanya sambil menambah bahawa Liverpool pasti datang ke Frankfurt dengan motivasi tinggi selepas empat kekalahan berturut-turut.

Kekalahan empat perlawanan berturut-turut kali terakhir dialami Liverpool adalah pada November 2014 di bawah kendalian bekas pengurus, Brendan Rodgers.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, bergelut untuk menemui semula prestasi terbaiknya musim ini. Foto AFP

Antara isu utama skuad itu musim ini ialah kemerosotan prestasi bintang Mesir, Mohamed Salah, namun Toppmoeller tetap menyanjung kemampuan penyerang berusia 33 tahun itu.

“Dia antara tiga pemain terbaik dunia sepanjang dekad lalu, dan saya masih percaya dia kekal pada tahap itu,” kata Toppmoeller. – AFP

Continue Reading

Previous: Gyokeres akhiri kemarau, Arsenal belasah Atletico 4-0
Next: Atlet Judo Sarawak raih 8 pingat di Kejohanan Terbuka Judo Johor 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.