Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Topi lusuh ‘hidup’ semula, rezeki anak muda dalam servis baik pulih topi
  • INSPIRASI

Topi lusuh ‘hidup’ semula, rezeki anak muda dalam servis baik pulih topi

Utusan Sarawak 12 hours ago
AHMAD Fadhil Nazeri, 29, menggunakan seterika wap untuk mengembalikan bentuk topi ketika sesi temuramah di Wangsa Maju baru-baru ini. Ahmad Fadhil, yang mengusahakan perkhidmatan restorasi atau baik pulih topi, percaya di sebalik kelusuhan setiap penutup kepala itu ada potensi untuk “dihidupkan semula”, termasuk dijadikan koleksi bernilai tinggi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Bagi kebanyakan orang, topi lama yang pudar warna dan hilang bentuk mungkin sekadar menunggu masa untuk dibuang, namun buat segelintir individu, penutup kepala itu masih ada nilai tersendiri sama ada sebagai aksesori harian, barangan koleksi ataupun tanda mata sukar diganti.

Ahmad Fadhil Nazeri, 29, yang mengusahakan perkhidmatan restorasi atau baik pulih topi, percaya di sebalik kelusuhan setiap penutup kepala itu ada potensi untuk ‘dihidupkan semula’, termasuk dijadikan koleksi bernilai tinggi.

Anak jati Kuala Lumpur itu berkata minat terhadap bidang berkenaan bermula secara tidak sengaja ketika bekerja sambilan di sebuah perniagaan dobi kasut pada 2018 yang turut menawarkan perkhidmatan mencuci topi.

“Disebabkan permintaan semakin meningkat, pemilik dobi kasut itu minta saya fokus pada topi sebab dia sendiri tak menang tangan, manakala dia teruskan dengan kasut.

PENGUSAHA restorasi atau baik pulih topi, Ahmad Fadhil Nazeri, 29, ketika sesi temuramah di Wangsa Maju baru-baru ini. Foto Bernama

“Pada masa sama, saya mula cuba buat pada topi sendiri dan kawan-kawan dulu untuk tengok hasil. Bila tengok maklum balas semua okey dan meyakinkan, barulah saya berani buka kepada pelanggan luar,” katanya ketika ditemui di kedainya di Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

Ahmad Fadhil berkata kemahiran dalam bidang itu dipelajari secara berperingkat melalui tunjuk ajar individu berpengalaman serta rujukan video di YouTube, sebelum beliau mengembangkan teknik sendiri berdasarkan pengalaman mencuba pelbagai kaedah bagi mendapatkan hasil terbaik.

Bapa kepada seorang anak itu berkata setiap topi yang diterima memerlukan pendekatan berbeza, bergantung pada jenis material dan tahap kerosakan, termasuk penggunaan sabun khas fabrik serta berus yang sesuai bagi mengelakkan permukaan topi rosak.

Katanya proses membentuk semula topi memerlukan ketelitian menggunakan acuan khas serta bantuan wap haba bagi mengembalikan bentuk asal, manakala kerja mengecat semula dilakukan secara manual agar hasil lebih kemas dan terperinci.

“Kalau guna mesin, tidak semestinya boleh dapat hasil yang sama macam buat secara manual. Kedutan pada topi lama kadang-kadang lebih mudah kita baiki guna tangan,” katanya yang mampu membaik pulih hingga 200 topi sebulan dengan tempoh menyiapkan setiap topi pula bergantung pada tahap kerosakan.

AHMAD Fadhil Nazeri, 29, mengecat topi yang lusuh ketika sesi temuramah di Wangsa Maju baru-baru ini. Ahmad Fadhil, yang mengusahakan perkhidmatan restorasi atau baik pulih topi, percaya di sebalik kelusuhan setiap penutup kepala itu ada potensi untuk “dihidupkan semula”, termasuk dijadikan koleksi bernilai tinggi. Foto Bernama

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Teknologi MARA Shah Alam itu berkata selain topi biasa dan vintaj yang berharga ribuan ringgit, beliau juga membaik pulih topi polis, juruterbang malah topi koboi dengan masing-masing memerlukan proses baik pulih berbeza.

“Ada pelanggan hantar topi arwah ayah mereka, minta saya baiki supaya boleh disimpan sebagai kenangan. Bila mereka datang ambil semula dan nampak perubahan, ada yang sampai terkejut dan gembira, itu yang bagi saya kepuasan paling besar,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pasangan pendaki abadi memori bersanding di Puncak Bukit
Next: Saintis UMS temukan spesis kulat ‘bertanduk’ pertama di dunia 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.