Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • HIBURAN

Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan

Utusan Sarawak 16 hours ago
TOM Cruise dilaporkan meninggalkan kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan keselamatan di kawasan Knightsbridge. Foto Agensi

GENEVA: Bintang Hollywood, Tom Cruise dilaporkan telah berpindah keluar dari kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan mengenai keselamatan yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi.

The Daily Express melaporkan pada Isnin bahawa pelakon berusia 63 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan kawasan Knightsbridge berikutan kejadian rompakan ganas pada waktu siang di Bucherer Rolex Boutique yang terletak berhampiran.

Dalam kejadian itu, sekumpulan geng motosikal dilaporkan tiba dan menggunakan parang untuk menghalang kakitangan keselamatan, selain memecahkan kaca kalis pecah menggunakan tukul dan peralatan khas. Sekitar 20 jam tangan mewah dicuri dalam serbuan yang hanya mengambil masa tiga minit sebelum suspek melarikan diri.

Sumber yang dipetik oleh Daily Express berkata insiden itu mengukuhkan kepercayaan Cruise bahawa keselamatan di kawasan tersebut telah merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Laporan itu menambah bahawa kakitangan dilihat mengeluarkan kotak dari kediaman tersebut sejurus selepas pemergian mendadak pelakon itu.

Knightsbridge dan kawasan berdekatan, Belgravia, sering berhadapan dengan masalah jenayah berkaitan motosikal (moped). Data Polis Metropolitan menunjukkan sebanyak 295 jenayah direkodkan di Knightsbridge dan Belgravia pada November 2025.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Netflix akan menstrim secara langsung konsert BTS dalam acara mega K-pop

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.