Tokyo keluar amaran strok haba tahap tertinggi

Facebook
WhatsApp
Sistem pancuran air di daerah Ginza, Tokyo. FotoAFP

TOKYO: Jepun hari ini mengeluarkan amaran strok haba tahap tertinggi di kawasan metropolitan Tokyo ketika musim panas terus melanda kebanyakan kawasan, menurut Kementerian Alam Sekitar.

Bandar Tokyo, Saitama, Chiba, Yokohama, Mito, Utsunomiya dan Maebashi menjangkakan tahap risiko strok haba apabila kementerian mengeluarkan amaran merah – yang tertinggi dalam sistem amaran lima peringkat, lapor Xinhua.

Kementerian menasihatkan orang ramai di kawasan berkenaan untuk mengelakkan dari keluar rumah dan menghentikan semua aktiviti senaman kecuali membabitkan kes khas.

Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran strok haba untuk lapan wilayah, termasuk Iwate dan Fukushima, dengan suhu setinggi 35 darjah Celcius. – Bernama – Xinhua

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan