Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tokong sebagai titik perpaduan, sokongan sosial masyarakat
  • TEMPATAN

Tokong sebagai titik perpaduan, sokongan sosial masyarakat

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Wee Hong Seng menyempurnakan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Jadi Dewa Guan Gong yang diadakan di SJK Chung Hua No.3, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Majlis Sambutan Hari Jadi Dewa Guan Gong bukan sekadar acara keagamaan, sebaliknya menjadi simbol kekuatan budaya dan perpaduan komuniti pelbagai kaum di Kuching.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, penganjuran majlis berkenaan memperlihatkan peranan rumah ibadat seperti tokong yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat spiritual, malah turut bertindak sebagai pusat komuniti yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan, pendidikan dan sokongan sosial.

“Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memuji inisiatif penganjur dalam memupuk semangat perpaduan dan memelihara warisan budaya. 

“Ini merupakan contoh terbaik bagaimana budaya boleh menjadi jambatan ke arah masyarakat yang lebih bersatu dan bertolak ansur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Sambutan Hari Jadi Dewa Guan Gong yang diadakan di SJK Chung Hua No.3, hari ini.

Tambah beliau, MBKS sentiasa menyokong penganjuran program budaya yang bersifat inklusif dan menyemai nilai harmoni dalam kalangan masyarakat bandar.

“Usaha sebegini menyumbang besar kepada pembentukan identiti bandar Kuching yang moden, namun tidak melupakan akar budayanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kepercayaan bersama antara kerajaan dan rakyat merupakan asas penting dalam usaha membina bandar yang harmoni dan berdaya tahan.

Katanya, kepercayaan itu secara tidak langsung menyemai nilai-nilai murni seperti kesetiaan, keadilan, keberanian dan kebaikan, yang menjadi teras kepada tadbir urus bandar yang efektif dan berintegriti.

“MBKS komited untuk menjunjung nilai-nilai tersebut dalam pengurusan bandar yang sentiasa setia kepada rakyat, adil dalam pembentukan dasar, serta inklusif terhadap semua komuniti tanpa mengira kaum atau agama,” jelasnya.

Wee turut menyuarakan harapan agar Kuching terus berkembang sebagai bandar sejahtera yang memberi ruang kepada semua warga untuk hidup bersama dalam suasana saling mempercayai antara satu sama lain.

Oleh Amanada L

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tiada perebutan kuasa dalam GPS, kepimpinan negeri kekal utuh
Next: UNIFOR cerminan komitmen Sarawak terhadap keharmonian antara agama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.