Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tokong Fung Shan Shu Saratok hargai sumbangan kerajaan Sarawak melalui UNIFOR
  • Tengah
  • WILAYAH

Tokong Fung Shan Shu Saratok hargai sumbangan kerajaan Sarawak melalui UNIFOR

Utusan Sarawak 2 hours ago
PEMANCA Lim Guan Ann melakukan tinjauan pada kerja-kerja naik taraf Tokong Fung Shan Shu di Saratok, baru-baru ini. Foto: Edisi Kalaka

SARATOK: Pengerusi Tokong Fung Shan Shu Saratok, Pemanca Lim Guan Ann, baru-baru ini meninjau sendiri kerja-kerja naik taraf tokong bersejarah itu yang kini mendapat nafas baharu melalui dana kerajaan.

Naik taraf ini dibiayai sepenuhnya oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dengan jumlah geran RM200,000, sekali gus membolehkan tokong mengekalkan keaslian seni budaya masyarakat Cina di daerah tersebut.

“Pihak Tokong Fung Shan Shu sangat menghargai sumbangan ini dan pastinya akan menggunakan dana yang diberikan dengan sebaik mungkin,” kata Guan Ann.

Kerja-kerja naik taraf akan dikendalikan oleh kontraktor khas dari China, bagi memastikan keaslian seni bina dan warisan budaya dipelihara sepenuhnya.

Beliau, mewakili jawatankuasa tokong, merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap agama-agama di negeri ini.

“Ini bukan sahaja memperindah tokong, malah meneguhkan semangat perpaduan dan penghargaan terhadap warisan budaya kita,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: DAP Kuching hantar 664 permohonan STR ke LHDN untuk bayaran 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.