Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tokong Fo Guang See, Dewan Yuanchen pacu perpaduan komuniti Beliong
  • WILAYAH

Tokong Fo Guang See, Dewan Yuanchen pacu perpaduan komuniti Beliong

Utusan Sarawak 13 hours ago
TOKONG Fo Guang See dan Dewan Majlis Dewa-Dewi Zheng Tian yang dimulakan secara rasmi hari ini menerusi satu majlis pecah tanah yang berlangsung meriah di Padang Bola Sepak SJK(C) Chung Hua Beliong. Foto UKAS

ASAJAYA: Komuniti Beliong di Asajaya bakal menyaksikan pembangunan dua mercu tanda baharu iaitu Tokong Fo Guang See dan Dewan Majlis Dewa-Dewi Zheng Tian atau Dewan Yuanchen yang dimulakan secara rasmi hari ini menerusi satu majlis pecah tanah yang berlangsung meriah di Padang Bola Sepak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Chung Hua Beliong.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menegaskan pentingnya keharmonian antara kaum dan agama serta menyokong inisiatif komuniti dalam memperkukuh budaya tempatan.

Lebih 120 tetamu menghadiri acara yang diserikan dengan pelbagai elemen budaya seperti tarian singa, paluan kompang serta upacara keagamaan termasuk pentahbisan patung dewa dan penyucian spiritual yang mencerminkan kepelbagaian dan perpaduan rakyat Sarawak.

TOKONG Fo Guang See dan Dewan Majlis Dewa-Dewi Zheng Tian dimulakan secara rasmi hari ini menerusi satu majlis pecah tanah yang berlangsung meriah di Padang Bola Sepak SJK(C) Chung Hua Beliong yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto UKAS

Tokong Fo Guang See yang bakal menjadi pusat ibadah dan tarikan pelancongan itu dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun manakala Dewan Yuanchen berkonsepkan kepercayaan Tao akan menempatkan 60 patung Tai Sui serta tokoh dewa-dewi utama dalam ajaran tersebut.

Sebagai tanda sokongan, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut menyumbang dana RM1 juta kepada tokong berkenaan yang diserahkan secara simbolik dan disaksikan sendiri oleh Dr Sim dalam majlis penuh harmoni dan semangat muhibah.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PAWE Dalat terima 1,120 ahli berdaftar setakat Julai 2025
Next: Status pelaksanaan semasa projek pembangunan DUN N.38 Kalaka disemak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.