Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tokoh perniagaan Tan Sri Tiong Hiew King meninggal dunia pada usia 95 tahun
  • TEMPATAN

Tokoh perniagaan Tan Sri Tiong Hiew King meninggal dunia pada usia 95 tahun

Utusan Sarawak 11 hours ago
TAN Sri Tiong Hiew King, pengasas empayar Rimbunan Hijau, meninggal dunia pada usia 95 tahun, meninggalkan legasi perniagaan dan media yang luas di Malaysia dan antarabangsa.

SIBU: Tokoh perniagaan terkemuka dan pengasas kumpulan Rimbunan Hijau, Tan Sri Tiong Hiew King, dilaporkan meninggal dunia pada usia 95 tahun, hari ini.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 11.00 pagi dan meninggalkan seorang balu, Ngu Yii Chuo, serta lima anak.

Anak sulungnya ialah Tiong Chiong Ong, manakala anak-anak perempuannya ialah Datuk Tiong Ing, Tiong Ching, Tiong Chiew dan Tiong Choon.

Seorang lagi anak lelaki, Tiong Chiong Hoo, meninggal dunia pada 2020 selepas ditemui tidak sedarkan diri di pejabatnya.

Dilahirkan di Sibu pada 1935, mendiang Tan Sri Tiong memulakan perniagaan dalam industri perhutanan pada 1970-an sebelum mengembangkan empayarnya ke peringkat antarabangsa.

Menjelang 1990-an, mendiang muncul antara tokoh korporat paling berpengaruh di Malaysia dengan kepentingan dalam pelbagai sektor termasuk perladangan, hartanah, media dan telekomunikasi di Malaysia, Papua New Guinea, Rusia dan China.

Kumpulan yang diasaskannya, Rimbunan Hijau, kini mempunyai ratusan anak syarikat tersenarai dan tidak tersenarai.

Dalam bidang media, mendiang merupakan tokoh penting yang membina empayar penerbitan berbahasa Cina melalui syarikat Media Chinese International Ltd (MCIL).

Syarikat itu memiliki beberapa akhbar utama seperti Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau di Malaysia serta, Ming Pao Daily News di Hong Kong.

Selain itu, mendiang turut mengawal tiga syarikat tersenarai di Bursa Malaysia iaitu Jaya Tiasa Holdings Bhd, Subur Tiasa Holdings Bhd, dan Rimbunan Sawit Bhd.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Jika benarlah ini ambergris (muntah paus)…
Next: Paus Sei tersangkut di Jambatan Triso November lalu, tiada ambergris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.