LAWAS: Daerah Lawas berduka hari ini apabila bekas pengasas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) daerah ini, Dato Pengiran Jawa Pengiran Amjah telah kembali ke rahmatullah malam tadi.
Menurut ahli keluarga, jenazah akan disempurnakan pagi ini dan dikebumikan menjelang tengah hari.
Allahyarham Pengiran Jawa juga adalah bapa kepada Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin dan bekas setiausaha sulit kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan iaitu Allahyarham Awangku Omar Pengiran Jawa.