Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi FAMA
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat delegasi FAMA

Utusan Sarawak 33 mins ago
TOH Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kediaman rasmi di Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kediaman rasmi di sini, hari ini.

Pada pertemuan berkenaan, delegasi FAMA telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Toh Puan Fauziah untuk menghadiri Program Demonstrasi Masakan Air Tangan Toh Puan Fauziah sempena Karnival Medan Niaga Satok pada Ahad ini.

TOH Puan Fauziah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kediaman rasmi di Petra Jaya, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Karnival berkenaan adalah anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 November dengan pelbagai pengisian termasuk Jualan Agro MADANI, penyertaan usahawan dari Sarawak dan Pulau Pinang serta pameran produk tempatan bagi memperkukuh potensi pemasaran dan eksport.

Delegasi FAMA diketuai oleh Pengarah FAMA Sarawak, Norsalawaty Abdul Kadir bersama Lois Unggah serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: RM20 juta untuk program GETS, beri manfaat 1,000 graduan – Premier Sarawak
Next: Sarawak negeri pertama laksana levi karbon 2026 pacu transisi hijau, sumber hasil baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.