Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Toh Puan Fauziah terima kunjungan daripada delegasi Hikayat Sulaman
  • TEMPATAN

Toh Puan Fauziah terima kunjungan daripada delegasi Hikayat Sulaman

Utusan Sarawak 7 hours ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada pemilik perusahaan Hikayat Sulaman, Nor Hazilah Mohd Rahim bertempat kediaman rasmi di Kasuma Resort, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada pemilik perusahaan Hikayat Sulaman, Nor Hazilah Mohd Rahim bertempat kediaman rasmi di Kasuma Resort, pagi tadi.

Perjumpaan tersebut diadakan bagi memberi ruang kepada pihak Hikayat Sulaman mempersembahkan beberapa hasil seni sulaman benang bermotifkan keringkam, yang merupakan antara warisan tekstil tradisional Sarawak yang tinggi nilai seni dan kehalusannya, kepada Toh Puan Fauziah.

Toh Puan Fauziah menyambut baik komitmen yang ditunjukkan dalam usaha memartabatkan serta memelihara seni sulaman bermotifkan keringkam, agar terus relevan dan dihargai oleh masyarakat masa kini.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan daripada pemilik perusahaan Hikayat Sulaman, Nor Hazilah Mohd Rahim bertempat kediaman rasmi di Kasuma Resort, pagi tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Beliau turut menekankan sokongan terhadap semua pihak yang berusaha memartabatkan seni keringkam, tanpa mengira pendekatan yang digunakan, sama ada melalui kaedah tradisional atau penggunaan teknologi terkini, selagi keaslian dan nilai estetik seni tersebut terus terpelihara.

Selain itu, Toh Puan Fauziah menzahirkan harapan agar seni sulaman bermotifkan keringkam ini terus diperkasakan melalui penglibatan generasi muda serta sokongan berterusan daripada pelbagai pihak, demi memastikan kelangsungannya sebagai khazanah budaya yang bernilai tinggi untuk generasi akan datang.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penduduk di Lorong Liu Shan Bang 5 gesa tindakan segera isu infrastruktur berlarutan
Next: Fasa 2 Dewan Terbuka SK Sungai Stutong BDC disasarkan siap 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.