Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Toh Puan Fauziah rasmi Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni SMK Taman Melati
  • PENDIDIKAN

Toh Puan Fauziah rasmi Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni SMK Taman Melati

Utusan Sarawak 2 days ago
TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merasmikan Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melati yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merasmikan Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melati yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Majlis berkenaan diadakan bersempena pengiktirafan kejayaan para pelajar yang menamatkan sesi persekolahan, selain menjadi platform rasmi pelancaran Alumni SMK Taman Melati bagi memperkukuh jaringan sokongan antara sekolah dan bekas pelajar.

Ketibaan Toh Puan Fauziah disambut oleh Pengetua SMK Taman Melati, Dzaizatul Shikin Madrahim; Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Melati, Shahrizal Aman serta Presiden Alumni SMK Taman Melati, Dr Mohd Shahnawi Mohmad Fairuz.

TOH Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merasmikan Majlis Graduasi dan Pelancaran Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melati yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Dalam ucapan perasmian, Toh Puan Fauziah merakamkan ucapan tahniah kepada para graduan atas kejayaan menamatkan satu fasa penting dalam perjalanan pendidikan mereka.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah, para guru dan ibu bapa atas komitmen serta dedikasi berterusan dalam membimbing dan membentuk sahsiah pelajar.

Katanya, penganjuran majlis graduasi bukan sekadar simbol pencapaian akademik, malah mencerminkan ketekunan, disiplin serta semangat juang para pelajar dalam menghadapi cabaran pembelajaran.

Menyentuh mengenai pelancaran Alumni SMK Taman Melati, beliau yakin penubuhan jaringan alumni yang tersusun dan aktif mampu menjadi aset strategik kepada sekolah melalui sumbangan kepakaran, pengalaman serta bimbingan berterusan kepada generasi pelajar akan datang.

Menurutnya, kejayaan sesebuah institusi pendidikan tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik semasa, sebaliknya diperkukuh melalui hubungan berterusan antara sekolah, alumni dan komuniti.

Sebelum berangkat pulang, Toh Puan Fauziah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut serta berharap para graduan sentiasa membawa nama baik sekolah dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Next: Uggah cadang tubuh jawatankuasa pemikir perkasa pelajar luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.