Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah lawat Pusat Kraftangan Miri
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah lawat Pusat Kraftangan Miri

Utusan Sarawak 1 day ago
ISTERI Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah melawat Pusat Kraftangan Miri dalam rangka lawatan rasmi beliau ke bahagian Utara Sarawak. Foto UKAS

MIRI: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini telah melawat Pusat Kraftangan Miri dalam rangka lawatan rasmi beliau ke bahagian Utara Sarawak.

Ketibaan beliau sekitar 2.30 petang disambut mesra oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus.

Turut menyambut ketibaan beliau ialah Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin isteri kepada Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Rita Lau Leh Sien isteri kepada Datuk Bandar Bandaraya Miri, Pegawai Tadbir mewakili Pegawai Daerah Miri, Geraldine Janely Doris Peter Kulai, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua masyarakat setempat.

Sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan selamat datang daripada 1 Beat Studio, Miri sebelum Toh Puan Fauziah menandatangani buku lawatan.

Sepanjang lawatan, Toh Puan Fauziah meluangkan masa meninjau 13 gerai pameran kraftangan yang menampilkan hasil seni unik masyarakat pelbagai etnik di Sarawak seperti anyaman, kraf manik, batik, tekstil dan barangan hasil rotan.

Kehadiran Toh Puan Fauziah bukan sahaja memberi penghormatan kepada pengusaha kraf tempatan, malah menyuntik semangat kepada komuniti seni kreatif di Miri dalam memartabatkan hasil seni warisan negeri. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemeriahan sambutan Hari Sarawak dirasai hingga ke Parlimen
Next: Tuntut MA63: Sarawak tidak ‘keterlaluan’ atau tamak – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.