Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Toh Puan Fauziah kukuhkan ukhuwah persahabatan lama
  • SEMASA

Toh Puan Fauziah kukuhkan ukhuwah persahabatan lama

Utusan Sarawak 7 days ago
 TOH Puan Fauziah menerima kunjungan dua sahabat lamanya, iaitu Anita Bahrum dan Nur Rafidah Abd Rashid bersama anaknya di kediaman rasminya petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR: Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, isteri kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan dua sahabat lamanya, iaitu Anita Bahrum dan Nur Rafidah Abd Rashid bersama anaknya di kediaman rasminya petang tadi.

Pertemuan santai yang berlangsung sekitar 3.00 petang itu menjadi ruang untuk mereka mengimbau kenangan lama, bertukar cerita serta mengeratkan kembali ukhuwah yang telah lama terjalin.

Kunjungan tersebut turut diadakan sebagai tanda ingatan kerana Toh Puan Fauziah tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak Anita Bahrum, Annatasia Hasrol Nizam, yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini disebabkan urusan rasmi.

TOH Puan Fauziah menerima kunjungan dua sahabat lamanya, iaitu Anita Bahrum dan Nur Rafidah Abd Rashid bersama anaknya di kediaman rasminya petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Sehubungan itu, Toh Puan Fauziah menitipkan ucapan tahniah dan doa agar pasangan pengantin sentiasa diberkati Allah SWT serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Dalam kesempatan itu juga, Toh Puan Fauziah melahirkan rasa syukur atas pertemuan bermakna berkenaan yang mengingatkan bahawa persahabatan yang ikhlas akan tetap utuh walau masa dan keadaan berubah.

Toh Puan Fauziah mendoakan agar ukhuwah yang terjalin ini terus dipelihara serta menjadi ikatan yang membawa keberkatan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Krisis rumah tangga meningkat, perlu ditangani segera
Next: Suasana penuh muhibah warnai makan malam Tun Wan Junaidi sekeluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.