Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Todak Berjaya dinobat ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Todak Berjaya dinobat ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN Todak Berjaya dijulang sebagai ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025 di Tebingan Sungai Krian Saratok, petang tadi. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Pasukan Todak Berjaya milik Pansari Kalaka dijulang sebagai ‘Raja Sungai’ Regata Kalaka 2025 apabila mengungguli saingan akhir acara Bidar 30 Pekayuh Lelaki yang berlangsung penuh dramatik di Tebingan Sungai Krian di sini, petang tadi.

Kayuhan bertenaga pasukan Todak Berjaya mencuri tumpuan ribuan penonton sejak perlumbaan bermula, dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil meskipun mendapat tentangan sengit daripada pasukan ‘saudaranya’ iaitu Putera Todak milik D’Prauk Cafe yang meraih tempat kedua, diikuti pasukan Burung Garuda milik Sarbini Awie di tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Todak Berjaya yang mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut itu membawa pulang hadiah wang tunai RM16,500, piala kejuaraan dan trofi.

Pasukan Putera Todak yang terpaksa akur di tempat kedua pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM9,900 dan piala, manakala pasukan Burung Garuda di tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM4,400 dan piala.

Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian dalam Regata Kalaka 2025 yang bermula pada Jumaat lalu, menjadikan penganjuran kali ini lebih meriah dan penuh warna-warni.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: RSK 2025 kukuh perpaduan pelbagai kaum di Limbang
Next: POSKOM 2025 perkukuh jalinan komuniti dan promosi perkhidmatan JKM di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.