Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Titikberatkan kebersihan makanan, gerai sepanjang Ramadan
  • Selatan
  • WILAYAH

Titikberatkan kebersihan makanan, gerai sepanjang Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago

LUNDU: Peniaga yang mengambil bahagian dalam bazar Ramadan digalakkan untuk menitikberatkan kebersihan makanan serta gerai bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung terjamin.

Seruan ini disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan, ketika merasmikan Bazar Ramadan Lundu, semalam.

Azizul turut menyatakan kegembiraannya melihat kehadiran masyarakat berbilang kaum yang bersama-sama memeriahkan bazar tersebut, mencerminkan keharmonian yang wujud di Lundu.

“Kepelbagaian masyarakat di Lundu jelas dapat dilihat dalam sambutan bulan Ramadan ini.

“Keharmonian seperti ini perlu terus dipelihara, bukan sahaja di Tanjong Datu tetapi juga di seluruh Sarawak,” katanya.

Penganjuran bazar Ramadan di Lundu dan Sematan pada tahun ini merupakan hasil kerjasama antara Majlis Daerah Lundu dan Bank Kerjasama Rakyat Cawangan Lundu.

Sebanyak 65 khemah disediakan bagi peniaga di Lundu, manakala 14 khemah lagi disediakan di Sematan.

Majlis tersebut turut dihadiri Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha, serta Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kesedaran kepentingan zakat
Next: Agih bubur lambuk pupuk perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.