Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong tekankan profesionalisme media di era AI dan teknologi maju
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong tekankan profesionalisme media di era AI dan teknologi maju

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIONG King Sing melancarkan subsidi tiket kapal terbang untuk ahli SJA membawa tema ‘Jom Melancong, Rakan Media SJA’.

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing menggesa pengamal media agar terus mengekalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas, meskipun berdepan cabaran semakin kompleks seiring perkembangan teknologi termasuk kemunculan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata tugas wartawan pada masa kini semakin mencabar kerana setiap kesilapan kecil boleh menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat, sekali gus menuntut ketelitian serta kawalan mutu yang tinggi dalam setiap laporan.

“Kerja media bukan senang. Silap sikit, orang marah. Laporan tidak betul, orang maki. Itulah cabaran kamu sebagai wartawan profesional,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sambutan Hari Krismas Persatuan Wartawan Sibu (SJA) di sini, semalam.

FLORENCE Nervyn (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dato Sri Tiong King Sing pada majlis makan malam sambutan Hari Krismas Persatuan Wartawan Sibu (SJA).

Tiong berkata walaupun tekanan kerja semakin meningkat, khususnya dengan persaingan kandungan sensasi di media sosial, pengamal media tetap memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan negara melalui penyampaian maklumat yang tepat dan berintegriti.

“Jangan kerana mahu berita pedas atau sensasi, kita abaikan ketepatan. Jika kita goreng berita terlalu pedas, akhirnya jika berlaku sesuatu, siapa yang susah? Kita mahu negara stabil, bila negara stabil ekonomi boleh berkembang,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti persatuan wartawan, beliau menyarankan agar program dianjurkan secara lebih agresif, termasuk melibatkan masyarakat umum, meskipun berdepan kekangan kewangan.

Tiong turut memuji usaha persatuan itu yang memberi bantuan kebajikan dan pendidikan kepada ahli, selaras dengan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Sebagai sokongan, beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Wartawan Sibu bagi memperkasa aktiviti dan peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berkualiti kepada rakyat.

“Gunalah sumbangan ini sebaiknya untuk melaksanakan tugas kamu kepada negara. Kita bekerja bersama sebagai satu pasukan,” katanya.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian insentif perkhidmatan lama kepada 40 ahli SJA yang telah lama berkecimpung dalam dunia kewartawanan, selain penyampaian insentif pendidikan dan insentif kembali ke sekolah.

Tiong turut diberi penghormatan untuk melancarkan subsidi tiket kapal terbang untuk ahli SJA yang membawa tema ‘Jom Melancong, Rakan Media SJA’. Turut hadir Pengerusi SJA, Florence Nervyn.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tingkat kesiapsiagaan hadapi musim hujan – Lee Kim Shin
Next: Program kepolisan komuniti tingkatkan keselamatan, cegah penipuan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.