Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Tiong mahu tindakan segera diambil, elak kes letupan kilang berulang di Samalaju
  • UMUM

Tiong mahu tindakan segera diambil, elak kes letupan kilang berulang di Samalaju

Utusan Sarawak 6 months ago

Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing menggesa tindakan segera diambil bagi menangani isu keselamatan selepas satu lagi insiden letupan berlaku di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju semalam.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata walaupun insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa, ia telah mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat setempat mengenai tahap keselamatan kilang-kilang di kawasan berkenaan.

Justeru, beliau menyeru agar Pejabat Residen Bintulu segera mengadakan mesyuarat khas yang melibatkan semua kilang di Taman Perindustrian Samalaju bagi membincangkan langkah-langkah untuk memperketatkan pengurusan keselamatan industri.

“Semua kilang perlu memastikan mekanisme keselamatan mereka berada pada tahap terbaik, termasuk mewujudkan protokol tindak balas krisis yang komprehensif. 

“Kita tidak boleh berkompromi dengan keselamatan masyarakat setempat,” katanya dalam kenyataan menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam.

Mesyuarat yang dijangka diadakan selewat-lewatnya hujung bulan ini atau awal bulan depan akan disertai beliau sendiri untuk memantau perjalanan perbincangan. 

Dalam pada itu, Tiong turut mengingatkan pengurus kilang dan pemilik perniagaan tentang tanggungjawab mereka untuk meneliti serta memperbaiki sistem keselamatan sedia ada.

“Bintulu mengalu-alukan pelaburan dan operasi perniagaan, tetapi keselamatan pekerja dan penduduk adalah keutamaan. 

“Semua risiko operasi mesti dikenal pasti dan dihapuskan secara saintifik serta sistematik,” katanya.

Beliau juga menekankan pentingnya pelaburan dalam mekanisme keselamatan untuk mencegah insiden serupa pada masa depan.

Melalui usaha sebegini, Tiong berharap dapat meningkatkan tahap keselamatan di Taman Perindustrian Samalaju dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk semua penduduk Bintulu.

“Kita mesti berusaha memastikan kejadian seperti ini tidak lagi berulang, demi kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Semalam, Syarikat OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Samalaju, mengesahkan berlaku letupan kecil di kawasan bengkel relau di situ, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Continue Reading

Previous: Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat taufan ‘Man-Yi’ 
Next: Soon Koh sedia tanding semula pada PRN akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.