Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong gesa Kastam fokus perangi penyeludupan arak, bukan serbu premis awam
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong gesa Kastam fokus perangi penyeludupan arak, bukan serbu premis awam

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Tiong King Sing.

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Sri Tiong King Sing menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpukan usaha penguatkuasaan kepada memerangi penyeludupan arak dan bukannya menyerbu premis milik orang awam.

Dalam kenyataan di laman Facebook rasminya, Tiong mengkritik peringatan terbaru JKDM bahawa menyimpan arak dalam kuantiti besar di rumah boleh melanggar undang-undang.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai “tidak tepat dan remeh” kerana mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar iaitu lambakan arak seludup di pasaran.

“Di bawah Akta Eksais 1976, menyimpan minuman keras untuk kegunaan sendiri adalah tidak menyalahi undang-undang. Undang-undang sudah pun menjelaskannya.

“Namun, JKDM memilih menggunakan frasa “mungkin menyalahi undang-undang” yang mengelirukan orang ramai dan menggambarkan tindakan yang sah sebagai jenayah. Ini hanya mengelirukan orang ramai dan menghakis kepercayaan mereka terhadap undang-undang sedia ada,” katanya.

Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu mempersoalkan sama ada pegawai (JKDM) beranggapan koleksi arak yang banyak di rumah secara automatik bermaksud untuk dijual secara haram.

“Mudahnya jika itu logik mereka, tetapi undang-undang tidak menetapkan jumlah maksimum dan kuantiti sahaja tidak sepatutnya menjadi faktor penentu. 

“Untuk membezakan antara pengumpul persendirian dan seseorang yang menjalankan perniagaan, anda harus melihat perkara lain seperti sama ada mereka membeli minuman keras yang sama secara pukal dengan kerap, bukan hanya melihat berapa banyak koleksi mereka yang pelbagai jenis atau jenama,” kata beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu turut menyifatkan keperluan menyimpan resit pembelian sehingga tujuh tahun sebagai “tidak realistik” kerana botol arak sudah mempunyai label cukai berbayar.

“Botol arak sudah mempunyai label yang menunjukkan sama ada duti telah dibayar atau sebaliknya. Jika minuman keras itu telah dikenakan cukai, mengapa menganggap pengumpul koleksi itu sebagai penjenayah?.

“Jangan lupa, banyak yang dipanggil “koleksi berlebihan” itu sebenarnya adalah simpanan keluarga turun temurun, atau pembelian pukal yang dibuat untuk mendapatkan harga yang lebih baik tanpa niat untuk dijual semula,” jelasnya.

Tiong memberitahu, berkongsi dan bertukar minuman dengan tetamu adalah sebahagian daripada budaya masyarakat bukan Islam. 

“Sesetengah orang benar-benar gemar mengumpul minuman keras yang jarang ditemui dari seluruh dunia untuk dirasai atau dinikmati bersama rakan-rakan. Ini adalah hobi peribadi dan sebahagian daripada kehidupan peribadi mereka,” jelasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pembangunan infrastruktur, pertanian fokus utama Mesyuarat JTPB Sri Aman
Next: 30 peserta SPB Sarawak Plantation sertai ceramah pencegahan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.