Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tinjauan projek saliran: Wilfred Yap lawat tapak siap di Lorong Semaba 7
  • TEMPATAN

Tinjauan projek saliran: Wilfred Yap lawat tapak siap di Lorong Semaba 7

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, telah menjalankan tinjauan ke atas projek saliran yang baharu siap dibina di persimpangan T Lorong Semaba 7, hari ini.

Lawatan tersebut turut disertai pegawai dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi menilai keberkesanan pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Projek berkenaan, yang menelan belanja RM250,000, bertujuan menyelesaikan isu saliran dan banjir yang telah lama membelenggu kawasan itu.

Tinjauan dilakukan bagi memastikan kualiti pembinaan memenuhi spesifikasi dan matlamat utama projek tercapai, iaitu memperbaiki sistem perparitan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Menurut Yap, tinjauan seperti ini penting bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan memberi impak sebenar kepada penduduk setempat.

“Lawatan ini bukan hanya untuk meninjau kemajuan fizikal, tetapi juga menilai kesan langsung kepada penduduk.

“Kita mahu pastikan semua infrastruktur yang dibina benar-benar menyelesaikan masalah yang dihadapi komuniti,” ujarnya semasa sesi lawatan.

Selain melawat projek siap, Yap dan pasukan teknikal MPP turut menjalankan penilaian awal di dua lokasi tambahan: satu di seberang persimpangan T Lorong Semaba 7, dan satu lagi di longkang tanah di Jalan Semaba berhampiran Lorong Semaba 11.

Tinjauan ini, menurut Yap, merupakan sebahagian daripada perancangan awal bagi fasa seterusnya projek RTP 2026.

Kerja-kerja pembaikan di tapak-tapak baharu itu, katanya, melibatkan pembinaan longkang konkrit dengan anggaran kos sebanyak RM400,000.

Jurutera MPP, ujarnya, kini dalam proses menyediakan Bil Kuantiti untuk peringkat perolehan dan pelaksanaan akan datang.

Yap turut menegaskan bahawa akan terus melakukan tinjauan ke atas semua projek RTP di kawasannya bagi memastikan pelaksanaan yang telus dan berkualiti tinggi.

“Saya akan terus pantau secara dekat setiap projek, kerana tanggungjawab saya bukan sahaja membawa peruntukan, tetapi memastikan ia sampai dan dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JPJ laksana Ops Hari Raya Aidiladha 2025 secara serentak di seluruh negara
Next: Jambatan kedua Sungai Limbang dijangka siap penghujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.