Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tinjau perkembangan kerja baik pulih rumah penduduk
  • WILAYAH

Tinjau perkembangan kerja baik pulih rumah penduduk

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah mengadakan lawatan ke Rumah Laka, Kampung Upik Lingga dekat sini semalam. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor telah mengadakan lawatan ke Rumah Laka, Kampung Upik Lingga bagi meninjau perkembangan kerja-kerja baik pulih rumah panjang yang sedang giat dijalankan oleh kontraktor terpilih, semalam.

Beliau berkata lawatan ini turut bertujuan mengenal pasti kerosakan tambahan yang memerlukan tindakan susulan agar proses baik pulih dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan berkesan.

“Sebanyak empat keluarga terlibat dalam program baik pulih ini iaitu rumah Meregie Lau, Johnny Jilap, Medol Lau dan Maxson Menor. Setiap kediaman ini mengalami tahap kerosakan yang berbeza dan keutamaan diberikan kepada aspek keselamatan struktur serta keselesaan penghuni,” katanya.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah mengadakan lawatan ke Rumah Laka, Kampung Upik Lingga dekat sini semalam. Foto ADUN Lingga

Dayang Noorazah berkata kesejahteraan penduduk khususnya dalam aspek kediaman yang selamat dan selesa, adalah antara komitmen utama beliau dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terbela.

“Justeru, proses baik pulih ini harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan ketelitian,” ujar beliau.

Beliau turut berharap agar kontraktor yang dilantik dapat menjalankan kerja dengan cekap, mengikut jadual dan mengutamakan mutu kerja, selaras dengan objektif program pemulihan perumahan luar bandar yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Lawatan ini juga membuka ruang komunikasi dua hala antara penduduk dan pihak berwajib, di mana penduduk turut diberi peluang menyuarakan keperluan serta pandangan mereka bagi penambahbaikan jangka panjang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Punai Langgong dinobat juara Kumang Indai Orang CCF 2025 di Bintulu
Next: MDS anjur program kesedaran kesihatan, keselamatan di Rumah Jungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.