Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TINGKATKAN UJIAN PCR
  • TEMPATAN

TINGKATKAN UJIAN PCR

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) bersama Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian (empat, kanan) dan tetamu yang hadir merakam gambar pada Majlis Penghantaran Makmal Molekul ke Hospital Kapit, baru-baru ini.

KUCHING: Hospital kerajaan di Kapit, Limbang, Miri dan Kuching bakal menerima makmal molekul dalam usaha untuk meningkatkan ujian Tindak Balas Rantai Polimerase (PCR) di hospital berkenaan.

Penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan masing-masing menyumbang dua kontena makmal molekul ke hospital di seluruh negeri.

“Walaupun kesihatan adalah di bawah senarai Persekutuan (tanggungjawab), kerana kehidupan sesama rakyat Sarawak dipertaruhkan, Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan masing-masing menyumbang dua kontena Makmal Bio Keselamatan (BSL) di seluruh Sarawak.

“Kerajaan Sarawak akan membiayai makmal untuk Hospital Limbang dan Hospital Kapit manakala Kerajaan Persekutuan akan menghantar keperluan yang sama kepada Hospital Miri dan Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam catatan facebooknya baru-baru ini.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Perasaan seram lakukan sanitasi
Next: Masyarakat Cina digesa terima hakikat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.