Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tingkatkan potensi DUN Beting Maro
  • TEMPATAN

Tingkatkan potensi DUN Beting Maro

Utusan Sarawak 5 years ago
RAZAILI GAPOR…ADUN Beting Maro

PUSA: Dengan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah tiga laluan perhubungan utama negeri ini, Daerah Pusa di yakini mampu berkembang pesat, membangun dan menjadi lokasi tumpuan utama selepas ini.

Lebih menarik untuk diperkatakan, tahun ini sahaja penduduk sekitar bakal menyaksikan beberapa projek besar mula dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, Daerah Pusa dilihat akan menjadi pusat pertembungan lebuh raya Pan Borneo, lebuh raya pesisir dan lebuh raya ekspres.

“Dijangka lebih rancak dengan pembinaan Jambatan Saribas, jambatan Krian dan juga jambatan Batang Lupar.

“Kita difahamkan turut mula dibina tahun ini menyebabkan daerah ini berada di tengah-tengah kerancakan pembangunan perhubungan.

“Justeru, kemudahan tersebut akan membuka peluang seterusnya meningkatkan potensi Daerah Pusa amnya dan Dun Beting Maro khususnya,” katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada pembinaan dua jambatan Batang Saribas dan Krian dekat sini semalam.

Menurut Abang Johari pembinaan dua jambatan iaitu Jambatan Batang Saribas dan Sungai Krian yang menelan kos RM670 juta dijangka disiapkan dalam tempoh empat tahun.

Projek Jambatan Batang Saribas sepanjang 1.55 kilometer menelan kos RM496 juta, manakala projek jambatan Sungai Krian sepanjang 300 meter membabitkan kos RM174 juta.

Razaili berkata dalam rencana mengubah lanskap sesebuah kawasan dan memenuhi aspirasi penduduk, jelasnya Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini terus komited dengan tidak lupa apa yang sudah dijanjikan.

“Usaha tersebut telah membuktikan kesungguhan Kerajaan Sarawak di bawah pentadbiran GPS menyediakan kemudahan untuk rakyat khususnya di kawasan pesisir. “Saya memberi ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri yang telah meluluskan pembinaan projek jambatan pesisir pantai terutamanya pembinaan Jambatan Sungai Krian serta jambatan Batang Saribas yang diyakini banyak memberi manfaat kepada rakyat untuk menghubungkan kawasan luar bandar kepada jaringan perhubungan di bandar,” ujarnya

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tetapkan SOP bagi masyarakat tunaikan Solat Jumaat, Solat Fardu
Next: AKB 1961 lebih berkesan kuat kuasa pematuhan harga petrol, diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.