Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tingkatkan kesedaran melalui penulisan sastera
  • TEMPATAN

Tingkatkan kesedaran melalui penulisan sastera

Utusan Sarawak 7 months ago

Tun Wan Junaidi menyampaikan Anugerah Sasterawan Sarawak ke-6 kepada Dr. Abang Patdeli Abang Muhi. Foto Jabatan Penerangan.

PETRA JAYA: Penulis sastera harus menghasilkan karya bagi meningkatkan kesedaran mengenai masa depan dalam kalangan individu dan masyarakat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata untuk itu penulis sastera harus melihat masa depan bagi meningkatkan kesedaran terbabit.

 “Mereka mesti memanfaatkan kepentingan pemikiran masa depan sebagai satu cara membangunkan paradigma dan metodologi,”katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Sastera Sarawak ke-11 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, malam tadi.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis yang turut dihadiri isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi.

Pada majlis itu, Dr. Abang Patdeli Abang Muhi, figura penting dalam dunia sastera Sarawak dianugerahkan gelaran Sasterawan Sarawak ke-6.

Majlis tersebut turut meraikan beberapa lagi tokoh sastera Sarawak yang berbakat besar seperti Jantan Umbat, yang menerima Anugerah Khas Bahasa dan Sastera serta Anugerah Penulis Sarawak Mengikut Kategori Bahasa (Bahasa Iban), Abang Median Abang Said dianugerahkan Penulis Sarawak Mengikut Genre (Puisi), manakala Jaya Ramba pula mengungguli kategori Cerpen dan Novel. 

Bagi kategori Esei Kritikan, Dr. Dilah Tuah menerima penghormatan itu, manakala Lokman Hakim Abdul Wahid dan Frankie Latit masing-masing dianugerahkan sebagai Penulis Harapan Sarawak.

Continue Reading

Previous: Peruntukan lebih RM10 juta sempena ulang tahun ke-75 SK Rakyat Tupong
Next: Kompleks UNIFOR terima OP, cerminan pencapaian bersejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.